Saturday, December 25, 2010

Tazkirah Mengubat Hati Yang Sedang Lara


Allah sentiasa mendengar setiap permohonan umatnya tidak kira seburuk mana orang itu sekalipun.



Allah Yang Mahakuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah berfirman dalam al-Qur'an bahawa Dia dekat dengan manusia dan akan mengabulkan setiap permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Nya. Adapun salah satu ayat yang membicarakan masalah tersebut adalah:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).



Sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas, Allah itu dekat kepada setiap hamba yang memohon kepadaNya. Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, fikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati setiap orang. Dengan demikian, Allah Mendengar dan Mengetahui setiap orang yang berpaling kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya. Inilah karunia Allah kepada manusia dan sebagai wujud dari kasih-sayang-Nya, rahmat-Nya, dan kekuasaan-Nya yang tiada batas.


Allah memiliki kekuasaan dan pengetahuan yang tiada batas. Dialah Pemilik segala sesuatu di seluruh alam semesta. Setiap makhluk, setiap benda dari orang-orang yang tampaknya paling kuat hingga orang-orang yang sangat kaya dari binatang-binatang yang sangat besar hingga yang sangat kecil yang mendiami bumi, semuanya milik Allah dan semuanya berada dalam kehendak-Nya dan pegaturan-Nya yang mutlak.



Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya kerana Dia Maha Pemurah, dia juga yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, janganlah bersedih sehingga mencaci Dia dengan cacian yang terkutuk.Itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya yang dibiarkan menderita, bersedih dan dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin kerana begitulah caranya Dia mendidik si hamba untuk diberi ujian-ujian yang akan mendekatkan lagi si hamba dengan Nya dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi.



Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Allah. Begitu juga hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya kerana bumi ini milik-Nya, lalu selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi- bahagikannya pula kepada penghuni yang lain supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit kerana dengan kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati kita sama ada kita bersyukur atau bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat yang abadi di syurga yang penuh dengan kenikmatan.



Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waktu itu hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah kerana Dia yang mengatur ketentuan apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa kerana itulah aturan Tuhan. Sebenarnya ada hikmah di sebaliknya yang harus digali dan diselidiki sedalam-dalamnya.Disamping itu jangan lupa beristimrar dengan banyakkan permohonan, solat hajat, bermunajat serta memperbanyakkan taubat.



Jika masalah masih berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya. Terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita dalam hidup ini agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan kepada kita supaya tahu erti bersyukur dengan nikmat pemberiannya yang sebenarnya banyak tidak kita ketahui, seperti nikmat kita yang paling besar iaitu nikmat kehidupan .



BERUNTUNG KITA SEBAGAI UMAT MUSLIM YANG MUKMIN



Kita tidak menyedari bahawa sebenarnya banyak kelebihan kita sebagai orang Islam yang mukmin daripada umat yang lain, kerana semakin banyak masalah yang telah menimpa diri seorang mukmin itu semakin mustajab doanya. Ini kerana dia telah memperjuangkan sesuatu itu dalam kesulitan dan halangan, akan tetapi dalam kesulitan itu ada terselit ketenangan didalamnya sekaligus memberi kekuatan kepada seorang mukmin itu. Umat Islam tidak perlu takut kerana kita tidak bersendirian. Sebenarnya walau diri terasa dipinggirkan,dihina atau yang sewaktu dengannya,akan tetapi pecayalah Allah sentiasa ada walau dimana kita berada !



Disediakan oleh:


Bibie Marliana bte Hj Mohd Dagong

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger