Tuesday, May 25, 2010

Otak, nikmat kurniaan Ilahi.

Otak merupakan pemberian yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada hambaNya. Ianya merupakan pemberian yang sangat berharga dan mempunyai nilai yang tinggi yang patut dimanfaatkan oleh setiap manusia. Ini adalah kerana otak memainkan peranan yang penting dalam mengawal setiap pergerakan tubuh badan kita dan membantu kita dalam menjalankan kehidupan kita sehari-hari.

Allah Subhanahu Wata’ala menganugerahkan otak kepada manusia untuk manusia berfikir dan kemampuan untuk berfikir ini tidak tergantung kepada saiz atau berat fizikal sebenar. Walaupun otak itu sebenarnya hanya bersaiz kecil, namun ia boleh menghasilkan sesuatu yang besar dan di luar kemampuan tubuh fizikal manusia itu. Kadang-kadang kita melihat seorang yang bertubuh kecil mampu mengangkat beberapa guni beras walaupun hanya dengan kedua belah tangan. Apabila keazaman sudah timbul di hati seseorang itu, kemudian hati menghantar azam itu ke dalam otak, seseorang itu boleh saja melakukan sesuatu yang difikirkan mustahil untuknya melakukan.

Tidak semua manusia dilahirkan dengan IQ yang tinggi dan tidak semua dilahirkan dengan tubuh yang kuat. Di sinilah otak memainkan peranan. Sedari kecil, kita disuruh untuk menanam cita-cita. Semakin kita dewasa, cita-cita itu semakin berkembang dan kita ingin untuk mencapainya. Sebenarnya pemikiran itulah yang tertanam di benak otak kita. Pada awal mula nya hati menimbulkan keinginan untuk menanam cita-cita itu kemudian hati menghantar ke otak kita, kemudian otak memprosesnya dan menanamnya. Ianya sering diulang-ulang sehingga kita kerap memikirkannya dan kita berkeinginan sekali untuk melaksanakannya.

Dalam belajar, ada pelajar yang beroleh kejayaan yang cemerlang berbanding dengan pelajar lain walaupun guru yang mengajar mereka adalah guru yang sama. Sebenarnya kekerapan belajar yang telah berulang pada otak seorang pelajar itulah yang membezakannya. Apabila ditanya bagaimana cara seorang pelajar itu belajar, sudah pasti akan didapati perbezaannya. Otak yang seringkali menerima masuk hafalan yang berulang, lebih pasti akan lebih mengingat apa yang diingatinya untuk jangka masa yang lama berbanding dengan otak yang hanya menerima masuk sekali hafalan sahaja. Kerana itulah kita seringkali disuruh membuat latihan berulang kali sebelum peperiksaan. Ini bertujuan agar otak kita mudah mengingat sesuatu yang seringkali diulang-ulang.

Cara-cara meningkatkan kemampuan otak:-

1. Mengajar ilmu atau pengetahuan yang kita ada pada orang lain.
2. Membaca buku yang berbentuk ilmiah.
3. Menjaga tubuh badan dengan baik.
4. Belajar dengan teknik gambaran.
5. Meningkatkan motivasi diri.
6. Sentiasa melatih otak kita untuk mencuba perkara yang baru.
7. Mengingat apa yang telah dihafal melalui perbincangan.
8. Merehatkan otak dengan cara bersiar-siar, bersukan, tidur yang cukup, membaca Al-Quran dan solat sunat.

Di sini saya hanya akan membincangkan mengenai belajar dengan teknik gambaran dan meningkatkan motivasi diri.

1) Belajar dengan teknik gambaran.

Belajar dengan cara ini sebenarnya merupakan cara yang sangat baik terutama sekali kepada para penghafal. Sebagai contoh: jika kita ingin mempelajari mengenai kehidupan peribadi seseorang, kita boleh menggambarkan cara kehidupannya. Sebenarnya berimaginasi itu boleh membantu menjana gelombang Alpha iaitu gelombang minda yang paling sihat di dalam otak. Jika kita ingin mengingati sesuatu yang tidak ada keterkaitan langsung seperti kapal terbang dan pokok, kita boleh mengimaginasikan kedua benda ini dengan mewujudkan keterkaitannya seperti pokok yang membuahkan kapal terbang. Walaupun ianya nampak mustahil namun cara ini sangat berkesan untuk mengingati sesuatu.

2) Meningkatkan motivasi diri

Sesetengah orang tidak dapat mencapai apa yang diinginkan kerana kurangnya motivasi sendiri. Kalau kita ingin mengawal sesuatu dan ingin mencapainya, capailah dengan minda dahulu dengan cara menanamkan semangat yang kuat di minda kita. Ini boleh menguatkan azam kita untuk terus menuju ke arah kecemerlangan. Otak yang telah menerima keazaman diri akan membolehkan seseorang itu mencapai peningkatan motivasi diri dan sekaligus mampu membuka minda pemikiran dengan lebih meluas lagi.

Kesimpulan:

Otak yang tidak dirangsang atau diarahkan berfikir, lama-kelamaan akan berkarat. Otak perlu dirangsang untuk berfikir setiap masa. Lebih banyak kita berfikir, lebih tinggi kemampuan otak kita. Berfikir tidak semestinya memikirkan hal-hal dunia sahaja. Sebagai seorang muslim, kita perlu menyeimbangkan dengan perkara akhirat. Melatih otak untuk memikirkan kehebatan kekuasaan ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemampuan otak. Dengan memikirkan setiap ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala, kita bukan saja dapat melatih pergerakkan otak kita bahkan kita juga akan lebih mengenal kehebatan ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan Pencipta Alam.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah Al-Baqarah, ayat 164:

إن في خلق السموات والارض واختلاف الليل والنهار والفلك التي تجري في البحر بما ينفع الناس وما أنزل الله من السماء من ماء فاحيا به الارض بعد موتها وبث فيها من كل دابة وتصريف الرياح والسحاب المسخر بين السماء والارض لايات لقوم يعقلون


Sejenak untuk menguji minda biskita:-

1)Mengingat 13 digit nombor yang ada di bawah:

3874028775893

2)Mengingat benda-benda yang tidak ada keterkaitan langsung:

Kapal terbang - pokok – surat – terbang – nyanyian – bintang – hidung – hijau – komputer - rumah

3) Membayangkan benda atau apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan“ merah”


Rahsia soalan-soalan di atas:-

1. Jika biskita dapat mengingatnya, bererti biskita telah menggunakan 1% daripada kemampuan otak biskita.

2. Teknik penghafalan yang berkesan. Teknik tersebut adalah dengan membayangkan imaginasi yang mustahil. Teknik ini sangat berkesan untuk para penghafal dan ianya turut diperkenalkan oleh penulis buku “The Memory Book”, Harry Lorayne & Jerry Lucas.

3. Jika biskita dapat membayangkan banyak benda dari “merah”, ini bererti biskita telah cuba membuka pemikiran biskita untuk memikirkan sesuatu perkara dari pelbagai sudut.


Disediakan oleh:
FAYYADHAH BTE LATIP

Friday, May 21, 2010

Peperiksaan~oh Peperiksaan~

Seperti yang kita maklum, bahawa mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al Azhar tidak lama lagi akan menempuhi peperiksaan. Oleh itu marilah kita sama-sama menyelami erti peperiksaan serta kepentingannya, fokus untuk kita pelajar universiti bahkan kepada semua pelajar tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Bila ditanyakan tentang peperiksaan, semua penuntut akan merasa takut dan gemuruh. Ada yang mengatakan alangkah indahnya dunia ini jika tiada peperiksaan ataupun imtihan bagi penuntut-penuntut, dan ada yang mengatakan peperiksaan ini satu penyeksaan bagi mereka. Ini disebabkan ada beberapa kemungkinan. Antaranya ialah :
• Persediaan yang tidak cukup.
• Memikirkan soalan-soalan yang akan dikemukakan di kertas soalan.
• Tidak merasa yakin untuk menghadapinya kerana takut tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
• Mempunyai harapan yang tinggi untuk lulus dalam peperiksaan.
• Terasa persediaan belum mantap sepenuhnya dan sebagainya.

Kehidupan sekarang menjadi sangat kompleks kerana peperiksaan adalah sebahagian dari kepentingan dalam pendidikan. Peperiksaan boleh dikatakan sebagai ujian untuk menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dalam pembelajaran. Kebolehan penuntut lulus dalam peperiksaan adalah kualiti yang berharga lebih-lebih lagi yang lulus dengan keputusan yang cemerlang. Ini menunjukkan kemampuan penuntut itu dalam mengungkapkan pemikiran mereka dan idea-idea yand dapat difahami oleh pemeriksa. Ia juga menunjukkan penuntut itu memperolehi pengetahuan, kefahaman dan maklumat mengikut bidang yang mereka ceburi. Selain itu, peperiksaan juga dapat melatih otak pelajar untuk berfikir apabila mereka membuat persediaan untuk peperiksaan. Kejayaan penuntut adalah dari peperiksaan. Bukan itu sahaja, bahkan peperiksaan membantu pencari pekerja atau majikan untuk mentaksir cara pemikiran dan kebolehan yang ada pada lepasan para graduan.

Walau bagaimanapun, sebahagian berpendapat bahawa peperiksaan hanya setakat menguji kemahiran sahaja. Mereka mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai hafalan yang kuat dan kelebihan sahaja yang mampu untuk lulus dalam peperiksaan dan memperolehi keputusan yang memuaskan walaupun mereka tidak ada pemikiran dan imaginasi tersendiri. Akan tetapi kita patut menyedari bahawa pada masa sekarang sukatan pelajaran atau ‘syllabus’ adalah meluas yang mana penuntut tidak dapat bergantung kepada hafalan semata-mata untuk lulus dalam ujian peperiksaan. Sekarang penuntut tidak sepatutnya mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran semata-mata akan tetapi hendaklah penuntut itu mampu menunjukkan kepandaianya dan kebolehannya dalam menjawab soalan lebih-lebih lagi dalam peperiksaan tinggi. Oleh yang demikian, dari kebolehan penuntut lulus dalam peperiksaan, tenaga pengajar dan orang sekelilingnya dapat melihat kefahamannya dalam mata pelajaran yang dia pelajari dan kecerdasan otaknya. Peperiksaan juga membuatkan pelajar itu terpaksa membaca sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan masing-masing, di samping itu mereka akan memperolehi maklumat dan pengetahuan tanpa disedari.

Cuba kita bayangkan jika tidak ada peperiksaan bagi pelajar-pelajar, tentu sahaja pelajar sekarang kurang mempunyai pengetahuan dan kesungguhan mereka dalam belajar serta hilangnya semangat dalam persaingan yang sihat di antara pelajar-pelajar itu sendiri. Bukan itu sahaja, malah kita tidak dapat melihat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat pada zaman sekarang.

Oleh itu marilah kita sama-sama bersemangat untuk menempuhi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi dengan membuat persediaan yang mantap dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat keputusan yang memuaskan. Dan tidak lupa kita iringi dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT. Kejayaan kita perolehi nanti bukan sahaja menggembirakan orang tua kita, malah ia dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan dan masa depan yang lebih cerah. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Dengan demikian mari kita sama-sama berkongsi beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Antaranya ialah:

1.SEMAK JADUAL
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa yang cukup untuk belajar, khususnya pada saat akhir-akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dahulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek yang tertinggal atau tidak dipelajari.

2.KUNCI PEPERIKSAAN
Apakah kunci peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, kita jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji serta menyemak kertas peperiksaan tahun terdahulu. Langkah itu akan membiasakan kita dengan soalan-soalan yang biasa dikemukakan, di samping membolehkan ingatan kita kekal dan berpanjangan.

3.TENTUKAN KEUTAMAAN
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasi. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang kita sukai sahaja, sebaliknya merangkumi kesemuanya.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua mata pelajaran dipelajari di sekolah, bukannya bedasarkan minat seseorang calon.

4.BANYAK MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN
Mengingat atau menghafal adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh kita gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai satu kemahiran.

Apapun cara digunakan terpulang kepada kita, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5.MERANCANG PERSIAPAN PEPERIKSAAN
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Pertama : Sebelum peperiksan. Khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuatkan dan tingkatan usaha serta semangat dengan belajar berterusan.

Dalam pada masa itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan kita jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya kita sentiasa selesa dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kuliah mahupun ketika belajar di rumah sendiri. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam peperiksaan. Langkah itu perlu supaya kita berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa ada sebarang masalah.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara yang diminati, sebaliknya manfaatkan masa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, kita seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembangkan dan mencerdaskan minda kita.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, kita perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan untuk menulis dan ‘karnih’ bagi kita penuntut university Al Azhar.

Kedua: Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika kita bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke kuliah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, kita hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung kita akan mendapat oksigen yang mencukupi, sekaligus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawap soalan, jawablah soalan yang kita fikir mudah dulu. Jangan guna terlalu banyak masa untuk menjawab soalan yang sukar, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan kita.

Ketiga: Selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, kita tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan seterusnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6.ELAKKAN TERBABIT DENGAN SITUASI YANG BOLEH MENGGANGGU PERASAAN
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7.BERDOA DAN BERTAWAKAL
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, kita tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah diantara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar sebagai panduan persediaan dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Diharap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan bekeyakinan dan membuat persiadaan yang cukup untuk menghadapi imtihan nanti. Bittaufiq wannajah.

Disediakan oleh:
AMALNORHAIZAH BTE ABD MALIK

Monday, May 17, 2010

Penyesalan yang Tiada Noktahnya.

Sebelum ini, aku sering mendengar kawan-kawanku mengungkapkan kata-kata seperti “Hargailah seseorang itu selagi dia masih ada." Namun aku tidak dapat menerima kata-kata mereka itu. “Alah..Itu semua kata-kata orang dulu lah babe, sekarang ini zaman sudah berubah, tidak boleh pakai lagi” kataku dengan bangganya.

Namun, itu cuma cerita-cerita di tahun lalu. Setelah apa yang telah menimpa diri ku kini, baru ku sedari bahawa semua apa yang kawan-kawanku telah katakan padaku dulu itu adalah betul. Menangis air mata darah sekali pun keadaan tetap tidak akan berubah. Itulah yang ku alami ketika ini. Penyesalan yang tiada penghujungnya.

Maya, itulah nama manjaku ketika di rumah. Malahan hampir semua kawan-kawanku memanggil aku dengan nama itu. Mesti orang akan menbayangkan aku adalah seorang yang lemah-lembut, selembut namaku itu. Namun aku tidak seperti yang digambarkan. Aku tidak tahu mengapa aku tidak begitu mesra dengan ibuku. Ibu adalah ibu tiriku. Ayah menikahinya setelah mamaku pergi menyahut panggilan Ilahi buat selamanya.

Selalunya bila disebut ibu tiri mesti orang membayangkan seorang yang garang tetapi tidak ibuku, dia seorang yang lemah-lembut dan penyayang. Namun yang menjadi masalah disini ialah aku yang tidak dapat menerima kehadirannya di antara aku dan ayah. Aku takut kasih sayang ayah terhadapku akan beralih kepada ibu, sebab itulah aku selalu bersikap kasar terhadap ibu. Tapi jauh di sudut hatiku, aku mengharapkan belaian mesra dari seorang insan yang bergelar ibu. Bukan ibu tidak pernah mencuba untuk mendekati diriku, tapi aku yang langsung tidak memberinya peluang.

“Maya, kenapa buat ibu begitu?Ayah tidak pernah ajar anak ayah bersikap kurang ajar selama ini?Mana pergi Maya ayah yang lemah lembut dulu?”

Ayah sering menegurku bila aku mula bersikap biadap terhadap ibu. Entah syaitan manakah yang telah merasuk aku hingga sanggup membuat ibuku begitu. Bukan aku tidak pernah nampak ibu menitiskan airmatanya tetapi aku buat tidak nampak saja. Sungguh keras hatiku untuk menerimanya. Sampaikan di suatu tahap ibu pula yang memohon kemaafan terhadapku walaupun hakikatnya itu adalah kesalahnku.

Masih ku ingat pada suatu hari ibu mengemas bilikku tanpa izinku, bukannya aku mahu mengungkap kata terima kasih malahan herdikan dariku pula yang diterimanya.

“Ibu cuma….”

Belum pun habis ibu berkata, aku terus mencelah,

“Siapa izinkan awak masuk dalam bilik Maya?Sudah Maya kata, Maya tidak suka barang-barang Maya disentuh tanpa izin, lebih-lebih lagi awak!” kata ku sambil menunding jariku kemukanya.

“Maya!!!!”

Satu penampar singgah ke pipiku hingga aku jatuh hampir mencium lantai. Aku tergagam atas tindakan ayah, sanggup dia menamparku hanya kerana wanita itu.

“Kenapa ayah tengok Maya semakin hari semakin tidak hormatkan ibu?Ayah kecewa dengan sikap Maya!” jelas kelihatan ayah sedang menahan marahnya terhadapku. Semakin bercambahlah benciku terhadap ibu setelah apa yang telah ayah lakukan terhadapku. Dengan kudrat yang ada aku terus berlari keluar dari bilikku. Sempat lagi aku menoleh kebelakang melihat ibu sedang menenangkan ayah dan menerangkan bahawa aku tidak bersalah dalam hal itu.

“Sungguh baik hatimu ibu..” aku berkata di dalam hati. Tetapi aku tetap tidak dapat menerimanya.

Sudah 5 hari aku duduk menumpang di rumah Nur kawan sekuliahku, kebetulan keluarganya pergi bercuti diluar negeri. Bukan ayah dan ibu tidak pernah datang memujukku untuk pulang kerumah, tetapi aku yang berkeras tidak mahu. Kali terakhir ayah dan ibu datang memujukku, ku lihat ibu seperti kurang sihat, dia kelihatan pucat dan letih. “Ahhhh, hendak minta simpati lah tu, ingat Maya tidak tahu” bisik hatiku. Selepas hari itu ayah dan ibu tidak lagi datang memujukku. Mungkin mereka sudah letih untuk memujukku.

Hingga pada suatu hari Nur datang menemuiku setelah habis kuliah dalam keadaan tercunggap-cunggap.

“Maya, Maya...” aku hairan melihat keadaannya itu.

“Kenapa dengan awak ni?Kena kejar hantu? Muka pucat macam mayat,” kataku dengan nada bergurau. Al-Maklumlah Nur dikenali dengan sikap gopohnya.

Nur menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku. Ku capai telefon bimbitnya dan terus melihat apa yang sensasi sangat sampai tidak sabar-sabar hendak beritahu aku. Setelah ku lihat apa yang terpampang di screen telefon bimbitnya, dunia ku rasa bagaikan berputar laju, tanpa sempat ku berkata apa-apa aku terus rebah pengsan.

“Beeepppp…Beeeppp!” bunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitku. Aku tersedar dari lamunan jauhku.

“Ibu, Maya rindu ibu, Maya berdosa terhadap ibu, Maya anak derhaka bu, Maya selalu buat ibu menangis,” rintihku. Airmataku mengalir lagi untuk sekian kalinya.

“Maya, sudahlah tu Maya, yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih bernyawa perlu meneruskan hidup, kalau Maya terus begini nanti Maya jatuh sakit..” ayah menenangkan aku sambil mengosok-gosok lembut kepalaku.

Semakin lebatlah tangisanku setelah mendengar kata-kata ayah tadi. “Tapi Maya banyak buat dosa dengan ibu, ayah… Maya selalu sakitkan hati ibu..” tangisku lagi.

“Ibu sudah maafkan Maya, ibu tidak berdendam dengan Maya nak~sudahlah menangis Maya, kan lebih elok kalau Maya sedekahkan ibu ayat-ayat suci Al-Quran daripada Maya terus-terusan menangis begini..”

*************************************************************

Begitulah aku setahun yang lalu, ibu pergi mengadap Ilahi akibat daripada penyakit barah rahim yang ditanggungnya. Betapa kejamya aku hingga aku tidak menyedari bahawa ibuku sedang bertarung nyawa melawan kesakitan yang dialaminya.

“Ibu, andai Maya diberi peluang sekali lagi, akan Maya hormati ibu sepertimana Maya menghormati mama, tidak sekali-kali Maya menyakiti hati ibu..” rintihku di dalam hati. Namun semua itu adalah terlalu mustahil, apa yang telah terjadi tetap tidak akan berubah. Hidup perlu diteruskan walau pahit sekalipun.

Kini aku menyedari bahawa kita sering tidak menghargai peluang yang diberikan, kita sering alpa dan lalai dengan kehidupan duniawi ini sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita sesama manusia. Oleh itu, hargailah seseorang itu selagi dia masih bernyawa, bukan saja terhad kepada ibu bapa kita malahan sesiapa saja yang berada di sekeliling kita, termasuklah adik-beradik kita serta kawan-kawan kita. Bahagiakanlah mereka dengan apa yang kita terdaya. Tanpa mereka siapalah kita. Kita tidak akan pernah menyedari betapa pentingnya seseorang atau sesuatu itu hinggalah kita kehilangannya.

Di samping itu, sifat hormat-menghormati juga adalah di antara perbuatan yang dituntut oleh Islam terhadap kita sesama manusia, lebih-lebih lagi terhadap kedua orang tua kita walaupun meraka hanya sekadar ibu tiri atau ayah tiri kita. Kita tidak tahu apa rancangan Allah terhadap kita, selagi ada peluang kita gunakanlah peluang tersebut. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah. Siapa tahu hari ini adalah hari terakhir kita berbuat bakti terhadap mereka, kali terakhir kita ketawa bahagia bersama mereka, jadi rebutlah peluang yang telah diberikan kepada kita. Mungkin hari esuk kita tidak lagi berpeluang berbuat begitu. Apa yang pasti hargailah apa yang dianugerahkan terhadap kita supaya hari esuk tidak akan ada penyesalan di dalam diri kita.

Disediakan oleh :
NURALISAH @ NUR NABILAH BTE MD ALIZAM TEO

Saturday, May 15, 2010

Hindari Sifat Marah.

Agama Islam menuntut umatnya agar menghiasi peribadi dengan akhlak yang mulia seperti bersifat sabar, lemah lembut, tidak mudah marah dan sebagainya. Agama Islam juga menegah kita daripada memiliki akhlak yang buruk seperti takabbur, riya’, hasad dengki, bakhil dan pemarah.

Kita dikehendaki untuk mempunyai sifat sabar dan sentiasa memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Hindarkanlah diri kita dari suka marah kerana marah itu adalah sifat yang sangat buruk dan dicela. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpesan dalam hadis Baginda yang maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: “Berpesanlah kepadaku. Nabi bersabda: Janganlah marah! Kemudian orang tadi mengulang lagi, lalu Baginda menjawab: Jangan marah!” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada menyebutkan tentang kelebihan orang-orang yang dapat menahan kemarahannya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari maksudnya: “Bukanlah orang yang kuat itu dinilai dengan kekuatan dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”

Wahab bin Munabbih ada menceritakan mengenai syaitan yang mahu menyesatkan seorang ahli ibadat Bani Israil, akan tetapi syaitan itu tidak berjaya. Pada satu hari ahli ibadat itu keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya. Syaitan berusaha menyesatkannya dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah tetapi tidak berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu dengan mengugurkan batu dari bukit.

Apabila batu itu hampir mengenai ahli ibadat itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu pun menyingkir daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa lalu ahli ibadat itu berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu. Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ibadat itu sedang sembahyang. Ular itu menjilat kaki dan badannya sehingga kepalanya. Apabila ahli ibadat itu hendak sujud, ular itu berlingkar di mukanya dan apabila dia hendak meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan kepalanya. Lalu ahli ibadat itu pun miring ke tempat lain untuk membolehkannya sujud.

Apabila ahli ibadat itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya, maka syaitan menemuinya dan berkata: “Aku telah melakukan itu dan ini tapi aku tidak berjaya memperdayakanmu, maka mulai sekarang aku mahu menjadi sahabatmu dan aku tidak akan menyesatkanmu.”

Maka ahli ibadat pun menjawab: “Sebagaimana aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu jugalah hari ini aku tidak ingin bersahabat denganmu.”

Lalu syaitan pun berkata: “Tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudahmu?”

Ahli ibadat menjawab: “Aku telah mati sebelum mereka.”

Kemudian syaitan berkata: “Tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak Adam?”

Ahli ibadat menjawab: “Ya, khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam.”

Syaitan berkata: “Dengan tiga perkara: Bakhil, marah dan mabuk.”

>Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang lain.

> Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka. Meskipun orang itu boleh menghidupkan orang mati dengan doanya nescaya kami tidak akan berputus asa daripada menggodanya.

> Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan sepertimana dipimpin seekor kambing melalui telinganya menurut sesuka hati kami.

Dalam sebuah kisah yang lain, iblis telah menjumpai Nabi Musa 'Alaihissalam lalu dia berkata: “Engkau telah dipilih untuk menyampaikan risalah Tuhanmu dan dia telah bercakap-cakap denganmu, sesungguhnya aku adalah salah satu daripada makhluknya, aku mahu bertaubat kepada Tuhanmu, maka engkau mohonlah kepadanya supaya dia mengampunkanku.”

Nabi Musa pun gembira apabila mendengar permintaan iblis itu lalu dia pun meminta air kemudian berwuduk dan seterusnya bersolat. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya iblis salah satu daripada makhlukmu memohon keampunan daripadamu, maka ampunkanlah dia.”

Lalu Allah berfirman kepada Nabi Musa: “Wahai Musa sesungguhnya dia tidak bertaubat.”
Kemudian Nabi Musa berkata: “Wahai Tuhanku memang benar dia mahu bertaubat.”
Maka Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Musa: “Sesungguhnya Aku mendengar permohonanmu wahai Musa, suruhlah dia (iblis) bersujud di kubur Nabi Adam nescaya Aku akan mengampunkannya.”

Maka Nabi Musa pun balik dengan gembira dan memberitahu kepada iblis perkara itu. Iblis menjadi marah dan sombong lalu berkata: “Aku tidak sekali-kali sujud kepadanya semasa dia hidup, adakah patut aku sujud sesudah dia mati! Wahai Musa sesungguhnya engkau mempunyai hak ke atasku dengan pertolongan yang engkau berikan kepadaku, maka aku wasiatkan kepadamu dengan tiga perkara:

>Ingatlah aku ketika engkau marah, sesungguhnya aku berada di dalam hatimu mengikut mengalirnya darah di pembuluh darah.

>Dan ingatlah aku ketika menemui musuh di dalam pertempuran, sesungguhnya aku ketika seseorang itu menemui musuh, aku akan mengingatkannya kepada isteri, keluarga, harta dan anaknya sehingga dia berpatah balik dari pertempuran.

>Dan ingatlah aku ketika mendampingi perempuan yang bukan muhrim kerana sesungguhnya aku adalah utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada mengajarkan bagaimana cara mengubati penyakit marah itu. Di antaranya ialah dengan membaca:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Dan sunat juga dibaca doa ini ketika marah yang maksudnya: Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan.

Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca doa tersebut, maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan berdiri dan hendaklah dia berbaring jika dia marah dalam keadaan sedang duduk dan dekatkanlah diri dengan bumi yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan dirinya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis maksudnya: “Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia mendekatkan dirinya ke bumi.” (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menganjurkan kepada umatnya supaya jangan suka marah sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan, malah ia akan menyebabkan berbagai-bagai bencana terutama sekali bila perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya. Walau bagaimanapun agama Islam membolehkan marah dalam keadaan tertentu seperti kerana mencegah berlakunya kemungkaran.

Perlulah kita sedar bahawa orang yang suka marah itu sering ditunggangi oleh syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu. Manakala orang yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua terhindar dari suka marah dan semoga kita semua menjadi orang yang sabar dalam apa jua keadaan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 153 tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan kepada Allah dengan bersabar dan mengerjakan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

Disediakan oleh:
SITI NADZIRAH BINTI HJ AJI

Wednesday, May 12, 2010

Panduan Menghafaz Al-Quran.

Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu’jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian.

Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam digelar “Sayyidul Huffaz” (penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh A-Quran dan ada diantaranya yang menghafaz sebahagiannya saja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.

Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca, meneliti ayat-ayatnya dan kemudian mengulangnya sehingga lancar. Cara mudah untuk menghafaz Al-Quran agar ia melekat didada adalah dengan memahami terjemahannya dan sentiasa mengulang-ulang bacaan sehingga lidah kita terasa mudah dan lancar ketika menyebut setiap makhraj huruf ayat-ayat Al-Quran.

Menghafaz Al-Quran tidak seperti menghafaz seni kata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta’ala di dalam Surah Al-Israa yang kira-kira bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang-orang mu’min yang mengerjakan amal solih, bahawa bagi mereka ganjaran yang paling besar.” – surah Al-Israa, ayat 9.

Di bawah ini dikongsikan bersama sedikit panduan menghafaz Al-Quran.

A) Adab-adab sebelum membaca atau menghafaz Al-Quran.
1) Bersuci dan berwudhu’.
2) Memakai pakaian yang bersih.
3) Berada di tempat yang bersih dan sunyi.
4) Menghadap Qiblat.
5) Ikhlaskan niat.

B) Teknik menghafaz Al-Quran.
1) Membaca ayat-ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan lambat-lambat (tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya saja.
2) Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3) Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (tadwir).
4) Ulang-ulang kan beberapa kali dengan bacaan tadwir hingga betul-betul lancar.
5) Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan, iaitu baca tanpa melihat Mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat Mushaf. Dan kemudian teruskan hafalan tanpa melihat Mushaf.
6) Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat Mushaf, baca ayat lain iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti langkah 1, 2, 3, 4 dan 5.
7) Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat Mushaf, melainkan jika tersangkut bacaan.
8) Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan tadwir supaya lancar.
9) Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafal itu di dalam solat.
10) Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.

Sekian sahaja yang saya dapat kongsikan bersama panduan menghafaz Al-Quran. Dan mudah-mudahan kitani tergolong di dalam golongan generasi Al-Quran Insya Allah.

Disediakan oleh:
MOHAMMAD AZIM BIN AWG HJ ALI

Monday, May 10, 2010

Keajaiban Hati Manusia.

Sungguh besar nikmat yang Allah Subhanahu Wata’ala berikan kepada sekalian manusia. Penciptaan manusia sungguh berbeza dengan makhluk lain sehingga perbezaan tersebut tidak dapat dijangkau oleh akal manusia itu sendiri.

Hati memainkan peranan yang penting dalam kehidupan hal ehwal setiap individu yang mana ia sangatlah berbeza dan istimewa berbanding dengan hati makhluk yang lain. Hati manusia mempunyai keupayaan untuk merasa pelbagai perasaan. Kadang-kadang kita merasa gembira, sedih, riak, sombong, marah dan lain-lain lagi dan itu menjadikan salah satu daripada keistimewaan hati manusia yang mana ianya sering berubah-ubah tanpa kita sendiri dapat mengawalnya. Perasaan yang berbeza-beza inilah yang mempengaruhi sikap yang wujud pada diri manusia itu sendiri. Tidak dinafikan hatilah yang mengawal segala tindak tanduk kita berbanding akal. Walaupun darjat akal lebih tinggi daripada hati namun manusia tetap cenderung mengikut kata hati masing-masing. Kalau muncul perasaan yang baik,baiklah tindakannya dan begitulah sebaliknya. Keadaan seumpama ini seakan-akan hati sebagai raja yang bertakhta di dalam diri manusia sementara akal sebagai penasihat dan anggota lain pula lahir sebagai rakyat jelata yang sentiasa menurut perintah yang lahir dari hati.

Sabda Rasulullah yang kira-kira bermaksud: "Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila dia baik,maka seluruh tubuh akan baik. Apabila dia rusak maka seluruh tubuh akan rusak. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati." (HR Bukhari)

Oleh sebab itulah kita dianjurkan untuk menjaga hati kita dari terpengaruh oleh musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan. Apabila kita mengabaikan hati, ini bererti kita menjerumuskan diri kita ke arah kegelapan seperti firman Allah ‘Azza Wajalla, yang maksudnya:

Beruntunglah barangsiapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya,” (Surah Asy-Syams : Ayat 9)

Hati seorang mukmin bolehlah digambarkan sebagai antara hati yang bersih. Hati yang bersih itu membuatkan Hamba Allah senantiasa takut dan sujud kepadaNya. Antara sifat seorang mukmin itu adalah:
1. Sentiasa takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
2. Merasa syukur atas nikmat yang telah diberikan.
3. Merasa tidak tenang apabila membuat sesuatu kesalahan meskipun kesalahan itu kecil sahaja.
1. sentiasa berasa dirinya diawasi oleh Allah Yang Maha Melihat segala sesuatu.
2. Redha dan sabar dengan ketentuan Ilahi.
3. Sentiasa rendah diri dengan Tuhan .
4. Sentiasa mengingati nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya.

Itulah antara sifat yang sepatutnya dimiliki oleh segenap manusia . Sifat inilah yang membuat kita merasakan keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan keharmonian. Hati yang terikat dengan sifat ini dapat mewujudkan ketenangan jiwa, kedamaian serta kebahagian yang sememangnya diidam-idamkan oleh setiap individu. Tanpa adanya sikap positif dalam diri akan muncul pula perkara yang negatif seperti hasad dengki ,sombong, iri hati dan lain-lain lagi dan mustahil bagi kita akan hidup dalam suasana yang harmoni.Oleh itu jagalah hati dengan mengingati Allah agar kita dapat menjauhi segala anasir-anasir yang negatif dari cuba memasuki hati kita dan Allah jadikan akal untuk kita berfikir berdasarkan ilmu..

“Iman tanpa ilmu adalah sia-sia, amal tanpa ilmu adalah tiada, iman serta amal berlandaskan ilmu insyaALLAH selamat dunia akhirat “

Disediakan oleh:
SITI NORKHALIFAH BTE HJ ASSIM

Wednesday, May 5, 2010

We are in a battle of saving ourselves.

In the name of ALLAH the Beneficent, the Merciful. All praise is due to ALLAH, the Lord of the worlds. Thanks to ALLAH that we are still given the chance to enjoy some of His countless ni'mat as we breathe. Even the kuffars who disobey Him breathe air which He owns. Observe how generous ALLAH is. All His creation which has no ability to think such as woods, animals, grass, ants and so on always praise Him. Only us who do not realize. However, human beings are different. We are given choice whether to obey or disobey Him but the best is the one who always repent.

Why are we here? To explore Egypt? Why not? Enjoying ourselves? Yes! Or perhaps to find a suitable wife or husband? Well, those are just wild guesses. The first two may apply to some of us but not the third. Never mind that. Actually, we can do a lot of things here. However, the most important objective is to accomplish the mission given by the government, our parents and most of all ALLAH which is to focus on the science of our deen or in another word, ‘STUDY’ along with practice. It can be our way to bring back the glory of Islam and help our dormant ummah rise again. To add, it is considered as ibadah but only if you intended it for the sake of ALLAH alone.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
‘O you who believe! If you help (the cause of) Allah, He will help you and make firm your feet.’ [47:7]

We all know that the examination is just around the corner. I am pretty sure that most of us already have their examination schedule and it is like only a MONTH or so left to get ready. Everybody is busy preparing because without preparation it is like you are going for a battle without weapon. You are more likely to lose before the battle even begins.

Fortunately, we can know the examination date in the world in advance and we can make close preparation. However, do we know when we are going to meet our Lord? Is our ‘study’ adequate enough? Have we put our effort towards it? Are you not afraid of failing while facing Him? Come. Let’s be prepared and excel in our good deeds so we can make ourselves qualified to enter Jannah.

By the way, who thinks entering Jannah is an easy task? Hands up. Oops, sorry, I cannot see you. So, what then? Definitely, it is not. We have to be cautious because it is a journey full of dangerous obstacles and cunning deception. It needs a lot of effort and even much more than what we have put in conquering Mount Sinai. There are times when we fall into Shaytan’s trap. Not once, not twice but more. But it is never too late to repent and ‘buy’ the tickets to enter Jannah. The door of forgiveness is 24/7 open. As long as our own clock is ticking and the sun rises from the east.

Attention, brothers and sisters. Just so you know, the tickets are way more expensive than Maher Zain’s ticket and the transaction only accept one currency. Do you know what kind of currency ALLAH only accepts? ‘OURSELVES’ currency. It is our life that we are paying with. The deeds that we made, did, committed or accomplished, good or bad, physical or spiritual, ALLAH takes all those into account. Take note that things we do are depending on our sincerity. Sincere enough, okay, the transaction is a success. Not sincere enough, sorry mate.

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ
”Surely Allah has bought of the believers their persons and their property for this, that they shall have the garden...…” [9:111]

There is one time at Sayyidina Hussayn, when I saw a little girl, not older than five, stepping out of a car with her mother. A quite good looking lady, you know. This mother was yelling at her child and the kid is crying her eyes out and she even gave her a slap. However, I was taken aback when she hit her not just once but twice and I was sure that those were super slap because she held her hand high before it landed on the soft cheek. But do you know where the child went? After even got hit and yelled at? She was still holding to the mother. She was not letting go. Everywhere else around her, there were these gigantic ugly strangers. She did not want to deal with them. Even if her mother was angry and disappointed, her whole world and protection was the mother.

Pondering over that incident, it surely hit me hard. Will I ever want ALLAH to treat me harshly over my wrong deeds? HE is my owner, just like the kid is her mother’s. Thus made me think further, like what Brother Nouman said, “When we sin ...who is going to forgive if not ALLAH. Who else are there to turn to? Who are you going to go to? Where else are you going to go? Who knows the things that you and I have done wrong, except you and ALLAH. There are a lot of things in our closet that ALLAH has not exposed. And only ALLAH knows and we have to find time to ask ALLAH to forgive.”

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣)
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٣٤)
وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (١٣٥)
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ
(١٣٦
“Be quick in the race for forgiveness from your Lord, and for a Garden whose width is that (of the whole) of the heavens and of the earth, prepared for the righteous (133),
Those who spend (freely), whether in prosperity, or in adversity; who restrain anger, and pardon (all) men; - for Allah loves those who do good (134)
And those who, having done something to be ashamed of, or wronged their own souls, earnestly bring Allah to mind, and ask for forgiveness for their sins,- and who can forgive sins except Allah?- and are never obstinate in persisting knowingly in (the wrong) they have done. (135)
For such the reward is forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath, - an eternal dwelling: How excellent a recompense for those who work (and strive)! (136)”
[3:133-136]

Coming to the end, time is super duper precious. Benefit from it while we still have chance. The very second that just left us, the second that we spent reading the words before this word and the words ahead, cannot be redeemed. Even if we are to exchange it with our whole properties; our houses, horses and camels (if we have any), sport-shoes, U.C.B wallets, Adidas or Nike bags (and etc), Ray-ban spectacles, money, clothes and even if we say we are ready to pay it with our lives; never will the time make a u-turn so we can benefit from it. NEVER (but what is the redemption for if we exchange it with our life. We’re dead by then, aren’t we?)

So, have we managed our time in order for us to be among the qualified for Jannah? Are we even close to being the ones who are promised with it? Our attitude and spirit? How are they? Have we made ALLAH satisfied with our social life, ‘ibadah? And the list goes on. Or are we just like adults who are acting like playful children? Who keeps on doing what are forbidden and delaying what are obliged? There are a lot of question that we need to ask ourselves. So, ask ourselves frequently. Ask our Iman. May we all be in ALLAH’s care and mercy.

Prepared By:
NASRIAH BTE RUSLAN

Saturday, May 1, 2010

Fadhilat Solat Dari Segi Fizik

TAKBIRATUL IHRAM.
- Badan rasa senang menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata antara dua kaki.
- Belakang lurus membuatkan badan itu tidak bongkok.
- Pandangan mata terfokus ke tempat sujud.
- Otot-otot atas dan bawah belakang terasa senang dan relaks.

BERDIRI TEGAK.
- Setiap bunyi ayat Al-Quraan menekankan tajwid yang mana terdapat getaran vocal panjang a-i-u yang merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, pituitary, adrenal dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan semua organ itu.

RUKU’.
- Merenggangkan sepenuhnya otot-otot bahagian belakang terutama bahagian pinggang, paha dan betis.
- Darah dipam ke bahagian atas.
- Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.

SUJUD
- Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut menjadi buncit.
- Menambahkan aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala, termasuklah telinga, mata dan hidung juga paru-paru, mental toksin dibersihkan oleh darah.
- Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin bagi wanita yang hamil.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menambahkan keanjalan sendi-sendi.
- Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf.
- Memberikan keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHIYYAT AKHIR.
- Membantu mengeluarkan toksik dari hati-hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.
- Badan mendapatkan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan di dalam perut membawa ke bawah.

HIKMAH SUJUD.
Seorang doKtor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf(Neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.Dalam kajian tersebut, beliau telah mendapati bahawa terdapat bebeerapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud ketika solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

RENUNGAN.
Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan.
Solat juga melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Ia juga merendahkan risiko penyakit jantung.
Solat+Puasa = Bersenam+Diet
Bertafakkur pada waktu Subuh bagi mengelakkan penyakit migrain.


Disediakan oleh:
FAHZILLEANA EMEY BTE AHMAD ALISA ESWAN

Ilmu Mantiq

Sejarah ilmu Mantiq bermula dari orang Yunani sebelum kurun kelima masihi. Mereka mementingkan perdebatan dan pidato. Kesan daripada itu muncul golongan yang menamakan diri mereka sebagai ‘Sufastaiyyun’. Tujuan mereka ialah untuk menukar sistem undang-undang dan merosakkan akidah agama. Mereka juga mengingkari kebenaran dan kebaikan serta mencampurkan yang haq dan batil sehingga mempengaruhi sebahagian orang pada waktu itu dan memberikan kesan yang negatif pada orang-orang Yunani. Oleh yang demikian, timbullah perhatian dari sebahagian ahli fikir tentang bahaya ini. Kemudian muncullah Socrates, mengambil kesempatan dan mengajarkan dengan cara yang sahih dibantu dengan perbincangan bersama murid-muridnya sehingga salah seorang dari mereka menyingkap kebaikan itu. Selepas itu muncul pula, Plato, murid Socrates. Selepasnya muncul Aristotle, dia berbicara mengenai pergerakan pemikiran dan meletakkan syarat dan kaedah-kaedah yang wajib ketika berfikir. Demikian itu terasaslah ilmu Mantiq. Manatiq pada zaman Yunani ini juga dikenali sebagai Mantiq Klasik.

Apabila berkembang dan meluasnya agama Islam, timbul perdebatan dalam masalah-masalah agama mengenai orang yang memeluk agama Islam dan khususnya permasalahan tentang akidah. Orang Islam pada waktu itu memerlukan dalil untuk dijadikan hujah dalam mempertahankan akidah mereka. Oleh itu, diterjemahkanlah ilmu Mantiq. Di antara mereka yang masyhur terjemahan itu ialah, Abdullah Al-Muqaffa’, juru tulis Abi Ja’afar Al-Mansur yang menterjemahkan buku-buku Aristotle. Kemudian muncul pula Ibnu Sina, Al-Farabi, Imam Ghazali dan yang lain-lain yang meneruskan pemerhatian mereka sehingga sekarang. Begitu juga dengan orang-orang barat mereka memberi perhatian di dalam ilmu Mantiq khususnya dalam ilmu Mantiq moden. Di antara mereka ialah, Francis Beacon dan John Steward Mill.

Ilmu Mantiq di ibaratkan sebagai kaedah. Ilmu ini memelihara pemikiran kita ketika berfikir daripada kesalahan. Ilmu ini membincangkan mengenai Tasawwur (berbentuk gambaran/teori) dan Tasdiq (praktikal).

MANTIQ KLASIK

Mantiq Klasik juga dikenali sebagai Mantiq Qadim (منطق قديم). Mantiq Klasik lebih menumpukan kepada teori dan membentuk fikiran manusia supaya berfikir dengan benar dan tepat sahaja tanpa pembuktian melalui ujikaji atau ekspirimen. Mantiq Klasik terkenal melalui kaedah ‘Qiyas’ iaitu menggunakan konsep penelitian terhadap perkara yang umum kemudian membuat keputusan terhadap perkara secara khusus.

Mantiq dari segi bahasa membawa maksud :
Perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘Logos’ yang beerti kata atau fikiran yang benar.
Mengikut bahasa Arab ia berasal daripada perkataan ‘Nataqa (نطق)’ yang bermaksud berkata atau bercakap.

Mantiq Klasik membahaskan mengenai tiga perkara berikut :
At-Tasawwur (التصور)
At-Tasdiq (التصديق)
Al-Istidlal (الاستدلال)

MANTIQ MODEN

Mantiq ini juga dikenali dengan Mantiq Hadith kerana ia muncul di zaman moden serta berbentuk sains dan percubaan atau ekspirimen.

Pengertian Mantiq Moden ialah suatu ilmu yang memberi penekanan kepada cara atau kaedah, iaitu dengan cara mengkaji perkara-perkara dari sudut teori.

Mantiq Moden membahaskan mengenai Al-Istiqra’ (الاستقراء).

Dari segi istilah : Mantiq ialah ilmu yang membahaskan tentang pemikiran dan apa yang tergambar dalam akal manusia supaya diterjemahkan menjadi teori yang benar.

D antara faedah Mantiq Moden :
Mantiq Moden sering digunakan dalam ilmu Usul Fiqh.
Digunakan untuk pengukuhan akidah.
Digunakan dengan meluas didalam membuat kajian ilmiah oleh Saintis.

Dan demikianlah kenapa kita harus mempelajari ilmu Mantiq.

Disediakan oleh:
RAFIDAH BTE MD SAID
Powered By Blogger