Saturday, December 10, 2011

SEINDAH MATAHARI TERBENAM DI SUNGAI NIL


BAHAGIAN 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah sebagaimana wahyuNya berbunyi: Iqra’ bismi rabbikal ladzi khalaq..
Semoga warkah ani dijauhi daripada sebarang fitnah, amiin..

Assalamualaikum, Ukhti Farah..
Ana doakan semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah hendaknya. Ana inda tau macamana kan cakap sebenarnya. Adalah baiknya kali kalau ana sampaikan straight to the point saja.

Ana minta maaf andaikata words ana lapas ani menguris hati enti. Tapi inda dapat inda jua, ana harus membuat keputusan ani walaupun payah.

Alhamdulillah ana menerima tawaran untuk sambung Master and minor subjects ke Australia. InsyaAllah awal tahun Januari ani ana belayar ke sana. Alhamdulillah pengurusan semuanya berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan semuanya dipermudahkan, insyaAllah.

Hajat ana tulis surat ani, ana mau minta maaf. Ana terpaksa membatalkan tali pertunangan kitani. Pasalnya ana ingau ana inda dapat membagi komitmen sepanuhnya arah hubungan kitani. Ana minta maaf banyak-banyak. Bukanlah niat ana ingin menghancurkan hati enti. Kalau ada jodoh inda kan ke mana tapi ana doakan semoga enti mendapat suami yang soleh,amiin..

KepadaNyalah hamba-hambaNya bertawakkal, kepadaNyalah semuanya berserah..

Haji  Ahmed Iskandar Haji Ahmed Ayyub

***

Krrriiiinggggggggggggg.. Seperti biasa, jam lonceng yang ‘memekak’ pagi-pagi tidak mampu untuk membangunkan gadis itu. Ahli baitnya merangkap sahabat baiknya, Nur Atiqah menggelengkan kepalanya. Dia yang sudah lengkap berpakaian untuk pergi kuliah berdiri tegak di sebelah katil sahabatnya. Punat jam lonceng itu ditekan untuk memberhentikan bunyinya.  Perlahan-lahan bahu sahabatnya itu digoncang.

“Farhin, bangun.. Inda enti kuliah kah? Di malam kata semangat kan kuliah.”

Gadis yang bernama Farhin atau nama penuhnya Farhin Syafiqah itu hanya menepis-nepis tangan sahabatnya sebelum kembali menarik selimut menutupi wajahnya. Atiqah merasa geram.

“Oii Dang! Bangun wah, akhir sudah ni. Dukturah Falsafah kali ah pagi ani. Mengijap. Karang inda kitani kana suruh masuk. Kana kabat pintu. Kalau enti inda mau bangun, ana tinggalkan ni.” Atiqah sempat mengugut. Kemudian, dia menarik selimut yang menutupi wajah Farhin.

Perlahan-lahan Farhin membuka matanya. Dahinya sedikit berkerut melihat Atiqah yang sudah lengkap berpakaian. Pandangan dialih ke jam lonceng. Matanya membulat apabila menyedari dia telah lewat. Terus dia menjerit lalu melompat dari katilnya.

“Buuiii, ana akhir udah!”

***

Angin bertiup menderu-deru, menerbangkan pasir-pasir halus dalam gerak memutar. Sedikit sebanyak ada butiran-butiran pasir masuk ke mata. Mata terus dipejam sebelum dikelipkan beberapa kali. Alhamdulillah, mata yang pedih akibat pasir dah hilang. Angin yang sejuk menandakan tidak lama lagi akan masuk musim sejuk. Bunga-bunga yang dulunya mekar kian layu dan berguguran. Begitu juga daun-daun yang penuh menghijau kian menguning dan luruh dari pokoknya. Biasalah tragedi musim luruh sebelum masuknya musim sejuk.

Farah menarik nafas panjang. Terasa udara sejuk masuk ke ruang hidungnya. Terasa segar sekali. Sedari pagi tadi, dzikir memuji Allah tidak lekang dari mulutnya. Alhamdulillah, alhamdulillah.. Allahu akbar, Allahu akbar.. Bumi Anbiya tempatnya menuntut ilmu kini dirasakan bagaikan mimpi. Masakan tidak, tempoh 4 tahun bukannya sangat lama. Selepas 4 tahun, pulang ke tanah air untuk menyambung baki hayat yang seterusnya. Justeru itu, berkali-kali dia mengingatkan dirinya agar mengambil peluang 4 tahun ini dengan sebaiknya untuk menimba sebanyak-banyak ilmu yang mungkin.

Untuk ke kuliah, Farah memilih untuk berjalan kaki sahaja. Bukan setakat jimat tambang teksi, dia juga boleh menjaga kesihatan dengan aktiviti ini. Bukankah seorang muslim yang kuat itu lebih disukai Allah? Pada mulanya amalan ini memang meletihkan tetapi bak kata pepatah, ‘Alah bisa tegal biasa’. Nasib baik dia tinggal di ‘Imarah 85, Rab’ah atau nama panjangnya Rabi’atul Edawiya yang mana berdekatan dengan Kuliah Banat, Jami’ah Al Azhar Ash Sharif. Kadang-kala kalau dia terlewat, dia memilih untuk menaiki tramco iaitu sebuah van kecil yang membawa penumpangnya kepada beberapa destinasi dalam jalan sehala. Berbanding teksi yang memerlukan LE4 kalau melalui Syarie’ Tayaran, tramco hanya memerlukan LE0.50 sahaja.

Perjalanan ke kuliah dengan berjalan kaki hanya memerlukan masa 20 minit lebih. Dalam perjalanannya itu, dia sempat muhasabah dirinya dengan melihat keadaan kehidupan penduduk-penduduk Mesir. MasyaAllah.. Terasa banar-banar eh, Brunei ani ‘comfort zone’. Kan ke mana-mana ada kerita menghantar. Dia bermonolog.

Untuk ke kuliah, dia juga perlu melintasi sebuah hospital awam atau Ta’miin As Sihhiy. Kalau hospital di Brunei hanya perlu bayar seringgit saja. Ya Allah.. Begitu basar dan luas sekali rahmat yang Engkau berikan. Jadikanlah kami antara orang-orang yang tahu bersyukur, amiiin... Teringat dia pernah mengeluarkan duit mencecah LE150 untuk bayaran ubat dan perkhidmatan rumah sakit sewaktu dia jatuh sakit dahulu.

Kelihatan beberapa orang Arab berniaga kecil-kecilan berhadapan hospital itu. Ada yang menjual buah-buahan dan ada jua yang menjual barang-barang seperti benang, jarum, sikat rambut, tasbih, gelang, pen dan sebagainya. Demi tuntutan hidup yang mencengkam, mereka sanggup buat apa saja untuk menyara hidup asalkan cara pencarian itu halal. Terbit rasa belas kasihah apabila melintasi sebuah keluarga iaitu sepasang suami isteri dan anaknya sedang mengutip botol-botol kosong di tepi jalan. Namun, mereka masih mampu ketawa dengan bahagia.

Dia terfikir, Allah menjadikan langit dan dunia ini dengan adil sekali. Begitu juga dengan hamba-hambaNya. Ada yang miskin, ada yang kaya. Ada yang berilmu, ada yang kurang berilmu. Ada yang cantik atau kacak, ada yang biasa-biasa saja. Ada yang berkulit cerah, ada yang berkulit gelap. Dengan perbezaan yang nyata, timbullah sifat manusia saling memberi dan saling menerima. Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada, manusia saling lengkap-melengkapi. Harus diketahui, apa yang sebenarnya yang membezakan seseorang itu adalah taqwa seperti sabda nabi salla Allahu ‘alahi wasallam: nada yang membezakan antara orang Arab dan orang bukan Arab kecuali dengan taqwa.

Dengan taqwa juga, terbitnya perasaan syukur dengan apa yang ada. Kalau hilang taqwa dalam diri, na’uuzubillah, timbullah perasaan negatif seperti hasad dengki, merungut, sombong, riak dan sebagainya. Sebab itulah, ada orang kaya tetapi hidupnya tidak bahagia kerana dia merasakan hidupnya tidak terjamin dan sering terancam. Ada-ada sahaja orang yang ingin ‘menikamnya dari belakang’. Ada orang hidupnya hanya serba mencukupi sahaja namun hidupnya lebih bermakna daripada orang kaya tadi kerana dia telah memaknakan jalan hidupnya dengan perasaan taqwa. Dia tidak risau dengan kesempitan hidup kerana dia percaya Allahlah Pemberi rezeki. Terpulang arahnya untuk berusaha dan mempertingkatkan lagi usahanya.

Tanpa sedar, langkahnya semakin mendekati kawasan Kuliah Banat. Muhasabah dan dzikir tidak membuatkan perjalanannya membosankan. Dengan mempercepatkan langkahnya, dia menelusuri railway yang terletak di antara Kuliah Banat dan Baitul Talabah (asrama) bagi mahasiswi kuliah itu. Teringat kata kakak senior, dulu railway ani digunakan dan harganya lagi murah LE0.25 sekali jalan. Ani inda kana gunakan lagi sebab kan diusai tapi usulnya keraja atu terbantut.

Pagi itu, kelihatan sudah beberapa orang Arab yang berniaga di sekitar pintu masuk Kuliah Banat. Semangat mereka yang tinggi untuk mencari nafkah hidup mengkagumkan Farah. Kalau sebelum ini mereka hanya mula berniaga sekitar jam 10 pagi, kali ini mereka memulakan perniagaan 2 jam lebih awal lagi. MasyaAllah.. Kalaulah semangat dan tenaga mereka digunakan dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil Mesir ini menjadi salah sebuah negara yang maju. Teringat sejarah Islam dulu semasa Islam menjadi agama tertinggi dan cara hidup dua per tiga dunia. Jika semua negara Islam ini bersatu, tentu Islam akan menang terus, dengan izin Allah jua. “Inda apalah, insyaAllah aku akan menjadi antara orang-orang yang meninggikan Islam itu sesuai pada tempatnya. Islam pasti menang!” Farah menanam azamnya.

Kuliah Banat itu terbahagi kepada dua bahagian: bahagian Dirasat Islamiah dan bahagian Dirasat Insaniah. Sedang dia menuruni tangga dan ingin mengorak langkah ke Mabna Qadim (bangunan lama) untuk Dirasat Islamiah, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. “Kaka Farah! Kaka Farah!” Mata Farah melilau mencari siapakah gerangan hamba Allah yang memanggil namanya itu. Kelihatan adik juniornya, Atiqah dan Farhin sedang berlari-lari anak menghampirinya sambil tersengih-sengih. Dia mengukir senyuman manis. Dua orang adiknya itu berhenti sambil tercungap-cungap di hadapannya sebelum mereka menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Assalamualaikum, ka!” sapa Farhin dan disambut dengan pertanyaan Atiqah, “Apa kabar kita, ka Farah?”

“Waalaikumussalam warahmatullah wabarakaatuh. Alhamdulillah, kaka sihat. Dan apa kabar kamu, lai? Laju ni belari. Ada apa-apakah?”

Farhin tergelak. “Nada apa-apa, ka. Kami akhir ja ke kelas.”

“Biasalah.. Ada urang payah-payahan kan dibanguni pagi-pagi tadi,” komplen Atiqah sambil menjelirkan lidahnya kepada Farhin.

Farhin semakin tersengih. “Sorry bah...” katanya sambil merangkul mesra bahu Atiqah.

It’s ok, apologise’s accepted!” Atiqah tersenyum.

Farah senang hati melihat hubungan ukhuwwah antara mereka berdua. Bersendirian tanpa keluarga di bumi Mesir ini mengajar penuntut-penuntut ilmu untuk lebih memaknakan hidup dengan cara berukhuwwah. Teringat kata Presiden Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah (BKPBDK), yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Hidup berkelana menuntut ilmu juga mengajar untuk hidup berdikari dan kata orang Brunei, “mesti pandai beidup”. Mesti pandai give and take iaitu memberi dan menerima.

“Oklah kaka ah, hati-hati! Kami chow daulu~” Farhin melambaikan tangannya sebelum mereka berdua menyambung sesi ‘running-ton’ mereka.

Farah tersenyum. Dia juga meneruskan langkahnya menuju mudarraj iaitu dewan kuliahnya. Subjek awal pagi ini ialah Tafsir Tahlili. Dia sangat menyukai subjek ini kerana dukturahnya seorang yang masyaAllah. Perempuan buta tetapi hafal satu buku teks yang mereka gunakan untuk belajar. Benarlah, kekurangan ataupun kecacatan tidak akan menghalang seseorang daripada menuntut ilmu Allah yang bak ditulis dengan air sungai dan air lautan sampai keringpun tidak akan pernah habis ilmu tersebut.

***
Nantikan sambungan cerita ini di keluaran seterusnya 
Hasil Karya : Wina Al Fateh

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger