Monday, December 19, 2011

SEINDAH MATAHARI TERBENAM DI SUNGAI NIL


BAHAGIAN 2

Pada suatu hari, sedang Farah melayari internet dan membuka blogspot BKPBDK, dia ternampak satu iklan yang dipost oleh ahli Unit Pelajaran dan Penerangan (UPDP) mengenai kelas-kelas yang akan diadakan sendiri oleh orang Brunei yang menuntut di Mesir ini. “Hmm menarik! Siapa saja yang berkesudian ingin menjadi tenaga pengajar bolehlah mendaftarkan nama pada ketua UPDP..”

Farah kagum dengan semangat ilmu unit ini. Sesuai dengan nama unit mereka, Unit Pelajaran dan Penerangan, mereka sentiasa mengupdate info-info semasa yang berbentuk ilmiah untuk makluman tambahan penuntut-penuntut Brunei di Kaherah (Brucai) tidak kiralah melalui Facebook ataupun blogspot.

BKPBDK mempunyai 4 buah unit iaitu, Unit Agama dan Akhlak (UADA), Unit Pelajaran dan Penerangan (UPDP), Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK) dan Unit Sukan dan Kesihatan (USDK). Adapun  antara tujuan utama unit-unit ini ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada diri mahasiswa dan mahasiswi. Memandangkan kebanyakan penuntut di sini berkuliah di Universiti Al Azhar Ash Sharif, Ma’had Tahfiz Syubra, Ma’had Bu’uth dan Universiti Kaherah yang mana pihak universiti tidak memberikan sebarang projek ataupun pembentangan (presentation). Kalau ada juga, hanya satu ataupun dua sahaja. Dengan terbentuknya unit-unit ini, dapatlah mahasiswa-mahasiswi menyumbangkan dan menonjolkan serba sedikit bakat dan kelebihan yang mereka ada yang mana tidak lain untuk melatih mereka sebelum berkecimpung dalam medan pekerjaan nanti.

Memang Farah tidak menafikan, dengan banyak aktiviti yang diadakan, terasa sangat meletihkan terutama di zaman mustajid mustajidah (tahun 1) tetapi dia tetap senang hati dan gembira. Ini kerana pada masa aktiviti-aktiviti ini diadakanlah hubungan ukhuwwah antara ahli Brucai dapat dieratkan, mendidik diri untuk mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti tolong-menolong, apa nya kata urang Brunei: ‘Inda camah mata’always give and take iaitu tidak malu-malu untuk mencurahkan kelebihan yang ada dan menerima kekurangan masing-masing, saling belajar antara satu sama lain, saling hormat-menghormati dan yang penting, ikhlas dan berlapang dada. Kerenah manusia bukanlah hanya satu tetapi banyak. Dengan adanya perbezaan inilah menyatukan lagi ahli Brucai dan menjadikannya istimewa.

Teringat ketika perasaan ingin memberontak mencengkam diri semasa dia berada di tahun satu. Datang ke Mesir dengan niat ingin belajar namun dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan yang dirasakan berlambak-lambak bagaikan menghalang dan membantut semangat untuk belajar. Nasib baik adanya kakak-kakak dan abang-abang senior yang tidak jemu-jemu melayan kerenah mereka, saling bertoleransi dan mendidik mereka dengan lembut dan penuh hikmah. Lama-kelamaan dengan layanan baik mereka, perasaan terbeban itu sedikit demi sedikit terhakis. Aktiviti-aktiviti yang mendatang dihadapi dengan rasa terhibur dan santai sahaja.

Sebagai mustajid-mustajidah banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Itulah yang membuatkan diri terasa dibebankan dengan semua tugas yang ada. Namun hakikatnya tidak. Teringat kata seorang kakak senior yang kini dah habis pengajian, “Andangnya aktiviti-aktiviti yang diadakan ani usulnya banyak tapi banarnya inda kalau kitani pandai membahagi-bahagikan masa. Aktiviti-aktiviti ani insyaAllah inda akan mengambil masa kuliah kamu, ertinya masa kamu belajar tatap inda akan diganggu tu. Mungkin ada jua sehari dua masa belajar diambil tapi jangan jadikan ani batu loncatan kamu inda kuliah. Kaka pun macam kamu jua. Kadang-kadang masa nada aktivitipun inda jua kuliah.

“Kami sebenarnya bukanlah ada niat untuk mempergunakan kamu sal kamu mustagid-mustagidah. Kami jua nada niat untuk menyuruh-nyuruh kamu saja. InsyaAllah setiap aktiviti yang diadakan ani kitani saling give and take. Andangnya pulang mustagid-mustagidah ani dibagi tumpuan istimewa dengan tugasan-tugasan tapi pasal kami mau didik kamu, pasal kami sayang kamu yatah kami inda mau abaikan kamu. Kami bukannya mau menzalimi kamu tu tapi kalau kami inda mengampiti kamu dengan belajar membuat keraja-keraja ani dari awal. atu barutah namanya kami menzalimi. Iaitu menzalimi hak-hak kamu untuk mempelajari buat keraja ani.

“Masa tahun satu anitah peluang untuk kamu belajar benda-benda baru. Masa tahun satu anitah tumpuan kaka-kaka, abang-abang masih arah kamu dengan niat mendidik kamu dan menagur kesalahan kamu kalau ada. Udah kamu tahun 2, 3 dan 4 nanti makin bekurangan tia tumpuan atu, kira kamu dah basar kan, kamu dah mampu berdikari dan giliran kamu lagi untuk mencurahkan ilmu-ilmu baru arah adik-adik baru nanti, insyaAllah.

“Belajar inda semestinya dalam kelas sahaja tapi belajar ilmu Allah ani luas, inda kira di mana-mana. Dan dengan adanya aktiviti-aktiviti ani jua membagi kamu peluang untuk belajar banyak benda antaranya bagi mustagid: buat minuman, buat kain rentang dan sebagainya. Bagi mustagidah biasanya yang benda-benda bekaitan dapur ni: memutung ayam, membasuh ayam, memasak ayam, nasi, sayur dan sebagainya. Basuh pinggan atupun kira belajar jua tu iaitu belajar untuk saling bekerjasama dan bertoleransi. Kalau ngalih sorang, sorang lagi dapat menggantikan. Semua ani jua bulih mendidik hati kamu. Untuk sentiasa ikhlas, rendah hati, menerima urang lain, redha dan lapang dada.”

Farah menarik nafas dalam. Terbit perasaan rindu kepada kakak senior yang banyak menasihatinya serta teman-temannya. Tangannya ringan mencari nama Facebook kakak itu lalu meninggalkan pesanan ringkas di wallnya.

- Assalamualaikum kaka yang Farah rindui selalu, rindu banar-banar lah! Hehee..<3 Apa kabar kita? Ana doakan kaka sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Ana dangar kaka dah dapat keraja jadi ustazah di SMALHB, gerenti mencabarkan. Yela anak-anak muda. Awalnya, tahniah kaka! And bittaufiq wannajah! Fighting!!! ^o^,/ Take care~~~~ xxx

Senyuman puas terukir di wajahnya. Alhamdulillah.. Hati tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi. Diberi nafas yang panjang sehingga bertemu dengan orang-orang yang hebat. Dia membuat keputusan. Tangan cepat mencapai telefon bimbit yang disimpan di tepi lalu menekan punatnya untuk membuat panggilan kepada ketua UPDP. “Assalamualaikum warahmatullah..?” Kedengaran satu suara garau di hujung talian.

***

Kelihatan Farhin duduk berteleku di beranda biliknya. Pandangan kosong dilontar menerokai bumi Mesir yang nan coklet dek pasir. Namun pemikirannya jauh menerawang ke Planet Jupiter. Banyak benda yang membuatkannya berfikir. Sesuatu yang serius!

Atiqah yang ingin ke tandas terpaksa melewati terlebih dahulu kamar Farhin. Terasa angin sepoi-sepoi menyapa kakinya sehingga membuatkannya menggigil kejap. Dia menoleh ke bilik sahabatnya itu dan mendapati Farhin duduk di atas kerusi memandang pandang luar dari berandanya. Dia berpatah balik ke biliknya untuk memakai tudung bulat sebelum kembali menghampiri Farhin.

Terasa bahunya disentuh lembut membuatkan Farhin menoleh. Terlihat senyuman manis lagi mendamaikan hatinya. “Haii.. Jauh angan-angan ni,” tegur Atiqah. Farhin sedikit tersenyum. “Nadalah.. Biasa-biasa saja,” ujarnya.

“Napa ni?” soal Atiqah prihatin. Perlahan-lahan dia mengurut tengkuk Farhin yang dirasakan tegang. Barangkali budak ani ada masalah kali, hatinya bermonolog.

“Banaa, nada apa-apa. Just memikirkan balik, apa tujuan ana ke Mesir ani? Yela.. Tajdid niat atukan perlu. Kadang-kala niat ani ada sedikit terpesong, jauh dari tracknya yang banar, yatah perlu diusai balik tu,” terang Farhin.

“Ohh.. Hard thinking lah ni?” Atiqah berpindah untuk berdiri di sebelah sahabatnya. Dia tertarik dengan kata-kata gadis itu.

“Inda jua. Ana releks saja. Hanya perlu muhasabah diri,” Farhin melepaskan keluhan ringan.

“Ok then. Ce cete, ce refresh balik. Apa sebab kitani ke sini?”

“Hmm.. Bagi analah, untuk memenuhkan ilmu di dada demi maslahat diri sendiri dan jua dikongsikan arah urang lain. Kitani sepatutnya rajin mencari ilmu dari pelusuk ke pelusuk Mesir ani. Inda kira bidang kitani or yang bukan bidang kitani. Contohnya, kitani usuluddin kan? Kitani patut jua cari info pasal Usul Fiqh kah, Munakahat kah, Seerah Nabawiyyah kah, Tarikh Islamiyah, Lughah Arabiyyah.. Or maybe ilmu moden macam penggunaan komputer yang betul. Kitani Usuluddin, insyaAllah salah satu tugas kitani adalah jadi cigu or bahagian mufti or pendakwah di Pusat Dakwah Islamiah. Ehh no! Kitani memang ditakdirkan hanya menjadi satu iaitu seorang Da’ie, seorang pendakwah.

“Dunia Islam masani semakin hancur. Kejahatan mengatasi kebaikan. Kegelapan atas cahaya. Pemuda-pemudi Islam sekarang semakin lupakan jati diri durang sebagai muslim. Terikut-ikut dengan gaya musuh-musuh Islam. Yatah peranan kitani sebenarnya untuk mencurahkan tenaga dan buah fikiran untuk islah masalah umat kini. Pasal atu, ilmu kitani inda sepatutnya terbatas arah jurusan kitani bahkan meluas. Kitani sepatutnya mencari masa untuk bertalaqqi dengan syeikh-syeikh apa pasal di Brunei manada syeikh Azhar. Ada pulang ustaz-ustaz Brunei tapi you get what I mean kan. This is what I am thinking just now. You know me kan, I am not ustazah-typo, I am rock-steady-typo tapi cemana ah, fitrah diri ani mau kebaikan jua,” luah Farhin. Dia menundukkan kepalanya. Resah bertamu di dada. Sebelum itu, sedang dia melayari laman sesawang, dia terbaca satu akhbar yang mengatakan peratus bayi dibuang sangat tinggi. Seks bebas ataupun zina dilakukan seolah-olah bukan suatu dosa, apalagi khalwat lelaki dan perempuan di sana-sini. Dara ataupun tidak, teruna ataupun tidak bukan lagi jadi satu isu yang patut dipertahankan. Brunei tidak terkecuali juga.

“Hmm.. Banar jua nya enti ani. Mau inda mau, kitani mesti jadi matang dan dewasa supaya tau bepikir. Ana pun sama jua macam enti, suka main-main. Fitrah manusia jua andangnya suka main-main tapi kitani inda sepatutnya terlalai jauh. Ya Allah.. Terus terang ana katakan, ana memang inda terpikir pun untuk pigi talaqqi apa. Mencari kelas-kelas lain yang berbayar atu awu pulang tapi kelas di Gamie’ Azhar atu barutah terasa tebuka hati ana kan pigi. Allah.. Nanti kitani pigi sama-sama..” Atiqah merangkul bahu Farhin.

InsyaAllah.. Kitani susun jadual dulu lah, liat keserasiannya.” Mata Farhin seolah-olah bercahaya. Duduk di Mesir membuatkannya menjadi pencinta ilmu. Manakan inda, Mesir yang dikenali dengan Bumi Kinanah ani bagaikan satu pusat ilmu!

“Ehh speaking of which ani, ada ana cek alum batah ani Facebook BruCai. Katanya, ada kelas ilmiah anjuran UPDP hari Jumaat ani, after solat Jumaat. Tempat: Markas Putera. Pukul 2 petang till 5 kalau inda silap. Not bad kan, inda jua terlalu lama,” ujar Atiqah dengan penuh semangat.

“Yawah?!” jerit Farhin. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Belum lama mereka set mind untuk menambah ilmu sebanyak-banyaknya, Allah dah kabulkan permohonan mereka.

Yep, insyaAllah. Tenaga pengajarnya masih dirahsiakan, gerigitan ana durang UPDP ah, kan buat suspen saja.”

Farhin tergelak. Terbayang wajah ketua UPDP yang gemar bergurau. Hmm... Friday, wait for me. Ehh us. We’ll come, insyaAllah!

***

Nantikan sambungan cerita ini di keluaran seterusnya
Hasil Karya : Wina Al Fateh

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger