BAHAGIAN 1
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah
sebagaimana wahyuNya berbunyi: Iqra’ bismi rabbikal ladzi khalaq..
Semoga warkah ani dijauhi
daripada sebarang fitnah, amiin..
Assalamualaikum, Ukhti
Farah..
Ana doakan semoga sentiasa
berada di bawah lembayung rahmat Allah hendaknya. Ana inda tau macamana kan
cakap sebenarnya. Adalah baiknya kali kalau ana sampaikan straight to the point
saja.
Ana minta maaf andaikata
words ana lapas ani menguris hati enti. Tapi inda dapat inda jua, ana harus
membuat keputusan ani walaupun payah.
Alhamdulillah ana menerima
tawaran untuk sambung Master and minor subjects ke Australia. InsyaAllah awal
tahun Januari ani ana belayar ke sana. Alhamdulillah pengurusan semuanya berjalan
dengan lancar dan mudah-mudahan semuanya dipermudahkan, insyaAllah.
Hajat ana tulis surat ani,
ana mau minta maaf. Ana terpaksa membatalkan tali pertunangan kitani. Pasalnya
ana ingau ana inda dapat membagi komitmen sepanuhnya arah hubungan kitani. Ana
minta maaf banyak-banyak. Bukanlah niat ana ingin menghancurkan hati enti.
Kalau ada jodoh inda kan ke mana tapi ana doakan semoga enti mendapat suami
yang soleh,amiin..
KepadaNyalah hamba-hambaNya
bertawakkal, kepadaNyalah semuanya berserah..
Haji Ahmed Iskandar Haji Ahmed Ayyub
***
Krrriiiinggggggggggggg.. Seperti biasa, jam lonceng yang ‘memekak’
pagi-pagi tidak mampu untuk membangunkan gadis itu. Ahli baitnya merangkap
sahabat baiknya, Nur Atiqah menggelengkan kepalanya. Dia yang sudah lengkap berpakaian
untuk pergi kuliah berdiri tegak di sebelah katil sahabatnya. Punat jam lonceng
itu ditekan untuk memberhentikan bunyinya.
Perlahan-lahan bahu sahabatnya itu digoncang.
“Farhin, bangun.. Inda enti
kuliah kah? Di malam kata semangat kan kuliah.”
Gadis yang bernama Farhin
atau nama penuhnya Farhin Syafiqah itu hanya menepis-nepis tangan sahabatnya
sebelum kembali menarik selimut menutupi wajahnya. Atiqah merasa geram.
“Oii Dang! Bangun wah,
akhir sudah ni. Dukturah Falsafah kali ah pagi ani. Mengijap. Karang
inda kitani kana suruh masuk. Kana kabat pintu. Kalau enti inda mau bangun, ana
tinggalkan ni.” Atiqah sempat mengugut. Kemudian, dia menarik selimut yang
menutupi wajah Farhin.
Perlahan-lahan Farhin
membuka matanya. Dahinya sedikit berkerut melihat Atiqah yang sudah lengkap
berpakaian. Pandangan dialih ke jam lonceng. Matanya membulat apabila menyedari
dia telah lewat. Terus dia menjerit lalu melompat dari katilnya.
“Buuiii, ana akhir udah!”
***
Angin bertiup menderu-deru,
menerbangkan pasir-pasir halus dalam gerak memutar. Sedikit sebanyak ada
butiran-butiran pasir masuk ke mata. Mata terus dipejam sebelum dikelipkan
beberapa kali. Alhamdulillah, mata yang pedih akibat pasir dah hilang.
Angin yang sejuk menandakan tidak lama lagi akan masuk musim sejuk. Bunga-bunga
yang dulunya mekar kian layu dan berguguran. Begitu juga daun-daun yang penuh
menghijau kian menguning dan luruh dari pokoknya. Biasalah tragedi musim luruh
sebelum masuknya musim sejuk.
Farah menarik nafas
panjang. Terasa udara sejuk masuk ke ruang hidungnya. Terasa segar sekali.
Sedari pagi tadi, dzikir memuji Allah tidak lekang dari mulutnya. Alhamdulillah,
alhamdulillah.. Allahu akbar, Allahu akbar.. Bumi Anbiya tempatnya menuntut
ilmu kini dirasakan bagaikan mimpi. Masakan tidak, tempoh 4 tahun bukannya
sangat lama. Selepas 4 tahun, pulang ke tanah air untuk menyambung baki hayat
yang seterusnya. Justeru itu, berkali-kali dia mengingatkan dirinya agar
mengambil peluang 4 tahun ini dengan sebaiknya untuk menimba sebanyak-banyak
ilmu yang mungkin.
Untuk ke kuliah, Farah
memilih untuk berjalan kaki sahaja. Bukan setakat jimat tambang teksi, dia juga
boleh menjaga kesihatan dengan aktiviti ini. Bukankah seorang muslim yang kuat
itu lebih disukai Allah? Pada mulanya amalan ini memang meletihkan tetapi bak
kata pepatah, ‘Alah bisa tegal biasa’. Nasib baik dia tinggal di ‘Imarah 85,
Rab’ah atau nama panjangnya Rabi’atul Edawiya yang mana berdekatan dengan Kuliah
Banat, Jami’ah Al Azhar Ash Sharif. Kadang-kala kalau dia terlewat, dia
memilih untuk menaiki tramco iaitu sebuah van kecil yang membawa
penumpangnya kepada beberapa destinasi dalam jalan sehala. Berbanding teksi
yang memerlukan LE4 kalau melalui Syarie’ Tayaran, tramco hanya
memerlukan LE0.50 sahaja.
Perjalanan ke kuliah dengan
berjalan kaki hanya memerlukan masa 20 minit lebih. Dalam perjalanannya itu,
dia sempat muhasabah dirinya dengan melihat keadaan kehidupan penduduk-penduduk
Mesir. MasyaAllah.. Terasa banar-banar eh, Brunei ani ‘comfort zone’.
Kan ke mana-mana ada kerita menghantar. Dia bermonolog.
Untuk ke kuliah, dia juga
perlu melintasi sebuah hospital awam atau Ta’miin As Sihhiy. Kalau
hospital di Brunei hanya perlu bayar seringgit saja. Ya Allah.. Begitu basar
dan luas sekali rahmat yang Engkau berikan. Jadikanlah kami antara orang-orang
yang tahu bersyukur, amiiin... Teringat dia pernah mengeluarkan duit
mencecah LE150 untuk bayaran ubat dan perkhidmatan rumah sakit sewaktu dia
jatuh sakit dahulu.
Kelihatan beberapa orang
Arab berniaga kecil-kecilan berhadapan hospital itu. Ada yang menjual
buah-buahan dan ada jua yang menjual barang-barang seperti benang, jarum, sikat
rambut, tasbih, gelang, pen dan sebagainya. Demi tuntutan hidup yang
mencengkam, mereka sanggup buat apa saja untuk menyara hidup asalkan cara
pencarian itu halal. Terbit rasa belas kasihah apabila melintasi sebuah
keluarga iaitu sepasang suami isteri dan anaknya sedang mengutip botol-botol
kosong di tepi jalan. Namun, mereka masih mampu ketawa dengan bahagia.
Dia terfikir, Allah
menjadikan langit dan dunia ini dengan adil sekali. Begitu juga dengan
hamba-hambaNya. Ada yang miskin, ada yang kaya. Ada yang berilmu, ada yang
kurang berilmu. Ada yang cantik atau kacak, ada yang biasa-biasa saja. Ada yang
berkulit cerah, ada yang berkulit gelap. Dengan perbezaan yang nyata, timbullah
sifat manusia saling memberi dan saling menerima. Dengan kelebihan dan
kekurangan yang ada, manusia saling lengkap-melengkapi. Harus diketahui, apa
yang sebenarnya yang membezakan seseorang itu adalah taqwa seperti sabda nabi salla
Allahu ‘alahi wasallam: nada yang membezakan antara orang Arab dan orang
bukan Arab kecuali dengan taqwa.
Dengan taqwa juga,
terbitnya perasaan syukur dengan apa yang ada. Kalau hilang taqwa dalam diri, na’uuzubillah,
timbullah perasaan negatif seperti hasad dengki, merungut, sombong, riak dan
sebagainya. Sebab itulah, ada orang kaya tetapi hidupnya tidak bahagia kerana
dia merasakan hidupnya tidak terjamin dan sering terancam. Ada-ada sahaja orang
yang ingin ‘menikamnya dari belakang’. Ada orang hidupnya hanya serba mencukupi
sahaja namun hidupnya lebih bermakna daripada orang kaya tadi kerana dia telah
memaknakan jalan hidupnya dengan perasaan taqwa. Dia tidak risau dengan
kesempitan hidup kerana dia percaya Allahlah Pemberi rezeki. Terpulang arahnya
untuk berusaha dan mempertingkatkan lagi usahanya.
Tanpa sedar, langkahnya
semakin mendekati kawasan Kuliah Banat. Muhasabah dan dzikir tidak
membuatkan perjalanannya membosankan. Dengan mempercepatkan langkahnya, dia menelusuri
railway yang terletak di antara Kuliah Banat dan Baitul Talabah (asrama)
bagi mahasiswi kuliah itu. Teringat kata kakak senior, dulu
railway ani digunakan dan harganya lagi murah LE0.25 sekali jalan. Ani inda
kana gunakan lagi sebab kan diusai tapi usulnya keraja atu terbantut.
Pagi itu, kelihatan sudah
beberapa orang Arab yang berniaga di sekitar pintu masuk Kuliah Banat.
Semangat mereka yang tinggi untuk mencari nafkah hidup mengkagumkan Farah.
Kalau sebelum ini mereka hanya mula berniaga sekitar jam 10 pagi, kali ini
mereka memulakan perniagaan 2 jam lebih awal lagi. MasyaAllah.. Kalaulah
semangat dan tenaga mereka digunakan dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil
Mesir ini menjadi salah sebuah negara yang maju. Teringat sejarah Islam dulu
semasa Islam menjadi agama tertinggi dan cara hidup dua per tiga dunia. Jika
semua negara Islam ini bersatu, tentu Islam akan menang terus, dengan izin
Allah jua. “Inda apalah, insyaAllah aku akan menjadi antara orang-orang yang
meninggikan Islam itu sesuai pada tempatnya. Islam pasti menang!” Farah menanam
azamnya.
Kuliah Banat itu terbahagi kepada dua bahagian: bahagian Dirasat
Islamiah dan bahagian Dirasat Insaniah. Sedang dia menuruni tangga
dan ingin mengorak langkah ke Mabna Qadim (bangunan lama) untuk Dirasat
Islamiah, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. “Kaka Farah! Kaka
Farah!” Mata Farah melilau mencari siapakah gerangan hamba Allah yang memanggil
namanya itu. Kelihatan adik juniornya, Atiqah dan Farhin sedang
berlari-lari anak menghampirinya sambil tersengih-sengih. Dia mengukir senyuman
manis. Dua orang adiknya itu berhenti sambil tercungap-cungap di hadapannya
sebelum mereka menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Assalamualaikum, ka!” sapa
Farhin dan disambut dengan pertanyaan Atiqah, “Apa kabar kita, ka Farah?”
“Waalaikumussalam
warahmatullah wabarakaatuh. Alhamdulillah, kaka sihat. Dan apa kabar kamu, lai?
Laju ni belari. Ada apa-apakah?”
Farhin tergelak. “Nada
apa-apa, ka. Kami akhir ja ke kelas.”
“Biasalah.. Ada urang
payah-payahan kan dibanguni pagi-pagi tadi,” komplen Atiqah sambil menjelirkan
lidahnya kepada Farhin.
Farhin semakin tersengih. “Sorry
bah...” katanya sambil merangkul mesra bahu Atiqah.
“It’s ok, apologise’s
accepted!” Atiqah tersenyum.
Farah senang hati melihat
hubungan ukhuwwah antara mereka berdua. Bersendirian tanpa keluarga di
bumi Mesir ini mengajar penuntut-penuntut ilmu untuk lebih memaknakan hidup
dengan cara berukhuwwah. Teringat kata Presiden Badan Kebajikan Penuntut
Brunei Darussalam di Kaherah (BKPBDK), yang muda menghormati yang tua dan yang
tua mengasihi yang muda. Hidup berkelana menuntut ilmu juga mengajar
untuk hidup berdikari dan kata orang Brunei, “mesti pandai beidup”.
Mesti pandai give and take iaitu memberi dan menerima.
“Oklah kaka ah, hati-hati!
Kami chow daulu~” Farhin melambaikan tangannya sebelum mereka berdua
menyambung sesi ‘running-ton’ mereka.
Farah tersenyum. Dia juga
meneruskan langkahnya menuju mudarraj iaitu dewan kuliahnya. Subjek awal
pagi ini ialah Tafsir Tahlili. Dia sangat menyukai subjek ini kerana dukturahnya
seorang yang masyaAllah. Perempuan buta tetapi hafal satu buku teks yang
mereka gunakan untuk belajar. Benarlah, kekurangan ataupun kecacatan tidak akan
menghalang seseorang daripada menuntut ilmu Allah yang bak ditulis dengan air
sungai dan air lautan sampai keringpun tidak akan pernah habis ilmu tersebut.
***
Nantikan
sambungan cerita ini di keluaran seterusnya
No comments:
Post a Comment