Kita sebagai hamba
Allah yang lemah seringkali menghadapi bermacam-macam masalah; keluarga,
kewangan, pekerjaan, pengurusan masa dan lain-lain lagi.Namun masalah yang
jarang kita peduli dan sering kita
pandang remeh ialah masalah kelalaian.Juga seringkali kita gelar kealpaan dan
kelekaan, kelalaian adalah sebuah masalah yang harus kita tangani dengan segera
kerana ia boleh membawa banyak kerugian dalam kehidupan beragama sebagai
seorang hamba Allah, khalifah yang sepatutnya memimpin isi bumi dengan
kebijaksanaan dan keadilan.
Apakah contoh
kelalaian itu?? Kita sebagai individu-individu yang hidup di dalam zaman yang
serba moden ini, sering kali disogok dengan kecanggihan dan teknologi yang
berkembang pesat mengikut peredaran masa.Komputer, telefon bimbit, iPad, iPod,
permainan-permainan komputer, Internet adalah contoh-contoh anasir dalam
kehidupan moden yang selalu melalaikan jika kita gunakan dengan cara dan tujuan
yang salah. Bagaimana ini boleh menjadi kelalaian kepada kita?? Bangun pagi
yang sepatutnya kita mulakan dengan ucapan syukur kepada Allah yang masih
memberikan nafas untuk hidup di muka bumi ini, kita mulakan dengan bertasbih
dengan telefon bimbit mahupun komputer di dini hari. Membuang masa di
pusat-pusat mebeli-belah dan membazir wang pada perkara-perkara yang tidak
berfaedah sehingga lupa akan waktu-waktu solat. Bukankah ini lalai namanya??
Mengutamakan hiburan untuk diri sendiri berbanding menghadiri kelas-kelas ilmu
yang bermanfaat dan fokus pada laman-laman web untuk berinteraksi dengan
rakan-rakan secara berpanjangan, bukankan ini juga lalai namanya??
Perkara-perkara
inilah yang harus kita ambil perhatian. Sama-samalah kita bermuhasabah diri
untuk bangun dari kelalaian ini, bangkit dari segala kealpaan dan menjauhi
kelekaan. Apa tidaknya, kelalaian yang
sebegini rupalah yang menggembira syaitan la’natullah dan dalam masa yang sama,
mengundang kemurkaan Allah.
Salah satu cara
untuk memperbaiki masalah kelalaian ini adalah dengan menentukan matlamat hidup.
Harus kita tanyakan diri sendiri, apakan tujuan Allah menciptakan kita di muka
bumi ini?? Tujuan ciptaan kita sebagai hamba adalah satu-satunya untuk
menyembah Allah yang Maha Esa.
Keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat adalah apa yang harus
kita kejar pada hakikatnya. Bagaimanakah kita mengejar keberkatan, kejayaan dan
kegembiraan ini?? Ibadah adalah jawapan yang paling tepat dan dekat. Solat,
puasa, menuntut ilmu, menghormati kedua orang tua dan menyayangi orang-orang di
sekeliling kita dan yang paling penting di antara semuanya,,mentaati perintah
Allah dan Rasulnya dengan cara mengikuti syariat yang telah Allah tetapkan dan
sunnah yang Rasulullah SAW telah ajarkan.
Hidup seseorang
yang tidak ada matlamat adalah ibarat sebuah robot yang telah diprogram untuk
mengikut apa yang diinginkan oleh orang lain; pemikiran dibiarkan tidak
berkembang sementara perbuatan hanya mengikut arahan. Ada juga insan yang
memiliki matlamat jangka masa pendek. Seperti contoh insan yang bercita-cita
untuk berjaya dalan pelajaran dan memiliki kerjaya yang bagus untuk menjamin
keselesaan hidup. Namun usaha untuk meperbaiki diri terhenti apabila sahaja
cita-cita dan matlamatnya tercapai. Persoalannya, adakah keberkatan, kejayaan
dan kegembiraan yang hakiki telah diperolehi??
Tepuk dada tanya iman, sudahkan ada cita-cita dan matlamat kita untuk
mencapai keselesaan Akhirat??
Satu
daripada perkataan-perkataan azimat ialah 'USAHA'. Apa dia usaha? Usaha ialah
kita mengerjakan sesuatu perkara sesuai dengan keinginan kita. Bayangkan saja
kita sudah mula berusaha pada saat janin lagi kerana diantara begitu banyak sel
kita terpilih untuk lahir melihat dunia dan seterusnya menjadi khalifah di
atasnya. Tanpa usaha kita tidak akan berjaya. Seterusnya berpindah pada saat
kita dikandungkan. Kita berusaha untuk bertahan hidup ketika berada di dalam
kandungan ibu kita. Begitulah seterusnya sampai pada saat kita lahir, menjadi
bayi dan kita mula belajar secara perlahan-perlahan. Pada saat kita mula
mencuba berjalan kita jatuh namun kerana keinginan kita untuk mampu berjalan
sendiri kita mencuba dan terus mencuba sampai pada akhirnya kita berjaya. Jadi
Allah menjadikan fitrah manusia itu berusaha. Jika kita ingin lulus kita
belajar bersungguh-sungguh. jika kita ingin menang sesuatu pertandingan kita berusaha
habis-habisan. Jika kita ingin kaya kita rajin bekerja. Begitulah seterusnya
kerana semuanya terletak di tangan kita selebihnya biar takdir Allah yang
menentukan. Oleh itu tiada alasan untuk tidak berusaha dan berdoalah kerana doa
dan usaha saling menguatkan dan ingatlah bahawa doa merupakan senjata bagi
orang islam.
Di dalam
usaha yang ikhlas dan gigih terkandung berkat. Berkat; sebuah istilah umum yang
selalu kita dengar, susah untuk kita lihat malah pada sebahagian waktu, tidak
kita fahami dengan baik. Akan tetapi, berkat yang susah untuk kita lihat inilah
yang sebenarnya sangat memberi kesan yang mendalam di dalam hidup seseorang. Al-Quran
sendiri ada menyebutkan mengenai berkat iaitu pada surah Saba ayat 18:
{{وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آمِنِين }}
18. Dan kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman .(QS.34:18)
{{وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آمِنِين }}
18. Dan kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman .(QS.34:18)
Saya
datangkan sebuah contoh; sebuah cerita yang saya dengar dari seorang guru. Guru
ini telah menceritakan yang pada suata ketika bila mana beliau menuntut ilmu di
salah sebuah negara-negara bumi Anbiyaa’, beliau pada ketika itu telah menjaga
seorang kawan yang sedang sakit. Namun pada masa yang sama adalah musim
peperiksaan di mana guru tersebut telah mementingkan menolong dan menjaga
sahabatnya bebanding membaca dan menghafal pelajarannya. Guru tersebut merasa
terlalu risau atas sebab kurangannya
hafalan beliau pada ketika itu, hanya tawakkal menjadi sandaran. Namun
alangkah terkejutnya guru tersebut, tatkakla keputusan peperiksaan dikeluarkan,
beliau telah berjaya lulus dalam subjek yang mana beliau telah abaikan
hafalannya sedikit demi menjaga sahabat yang sedang sakit. Maka di sini
nampaklah wujudnya berkat dalam menolong insan yang memerlukan pertolongan.
Begitu
juga dengan berkat daripada ibu-bapa. Jasa dan budi baik mereka takkan
terbalas. Jadi hanya dengan menjadi anak yang soleh-solehah, berbuat bakti
kepada keduanya insya Allah berkatnya akan dapat dirasa. Kemudian berkat dalam
mencari ilmu. Kadang kita tidak faham sesuatu maddah itu waktu pertama kali
menjejak kaki ke kuliah namun kerana adanya berkat dan adanya niat untuk
menuntut ilmu dengan ikhlas segalanya dipermudahkan. Seterusnya berkat guru. Ilmu
dan guru sangat berkait rapat. Oleh itu ianya juga sangat penting kerana guru
ialah penyambung atau waris para anbiya.'العلماء ورثة الانبياء '. Yang paling utama kita hidup untuk mencari berkat dan keredhaan
dari Allah Taala. Apa guna mencari redha manusia andai Pencipta manusia tidak
redha? Oleh itu sama-samalah kita muhasabah diri mencari berkat dan redhaNYA
kerana itu perlu dicari dan bukan datang sendiri. Bak kata pepatah 'Yang bulat
takkan datang bergolek, yang pipih takkan terbang melayang”.
Disediakan oleh :
Auni Raqinah binti Haji Abdul Rajak
Hazimah binti Baha
Norsyaheerah binti Mohamad
No comments:
Post a Comment