BAHAGIAN 2
Pada suatu hari, sedang
Farah melayari internet dan membuka blogspot BKPBDK, dia
ternampak satu iklan yang dipost oleh ahli Unit Pelajaran dan Penerangan
(UPDP) mengenai kelas-kelas yang akan diadakan sendiri oleh orang Brunei yang
menuntut di Mesir ini. “Hmm menarik! Siapa saja yang berkesudian ingin menjadi
tenaga pengajar bolehlah mendaftarkan nama pada ketua UPDP..”
Farah kagum dengan semangat
ilmu unit ini. Sesuai dengan nama unit mereka, Unit Pelajaran dan Penerangan,
mereka sentiasa mengupdate info-info semasa yang berbentuk ilmiah untuk
makluman tambahan penuntut-penuntut Brunei di Kaherah (Brucai) tidak kiralah
melalui Facebook ataupun blogspot.
BKPBDK mempunyai 4 buah
unit iaitu, Unit Agama dan Akhlak (UADA), Unit Pelajaran dan Penerangan (UPDP),
Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK) dan Unit Sukan dan Kesihatan (USDK).
Adapun antara tujuan utama unit-unit ini
ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada diri
mahasiswa dan mahasiswi. Memandangkan kebanyakan penuntut di sini berkuliah di
Universiti Al Azhar Ash Sharif, Ma’had Tahfiz Syubra, Ma’had Bu’uth dan
Universiti Kaherah yang mana pihak universiti tidak memberikan sebarang projek
ataupun pembentangan (presentation). Kalau ada juga, hanya satu ataupun
dua sahaja. Dengan terbentuknya unit-unit ini, dapatlah mahasiswa-mahasiswi
menyumbangkan dan menonjolkan serba sedikit bakat dan kelebihan yang mereka ada
yang mana tidak lain untuk melatih mereka sebelum berkecimpung dalam medan
pekerjaan nanti.
Memang Farah tidak
menafikan, dengan banyak aktiviti yang diadakan, terasa sangat meletihkan
terutama di zaman mustajid mustajidah (tahun 1) tetapi dia tetap senang
hati dan gembira. Ini kerana pada masa aktiviti-aktiviti ini diadakanlah
hubungan ukhuwwah antara ahli Brucai dapat dieratkan, mendidik
diri untuk mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti tolong-menolong, apa
nya kata urang Brunei: ‘Inda camah mata’,
always give and take iaitu tidak malu-malu untuk mencurahkan
kelebihan yang ada dan menerima kekurangan masing-masing, saling belajar antara
satu sama lain, saling hormat-menghormati dan yang penting, ikhlas dan
berlapang dada. Kerenah manusia bukanlah hanya satu tetapi banyak. Dengan
adanya perbezaan inilah menyatukan lagi ahli Brucai dan menjadikannya istimewa.
Teringat ketika perasaan
ingin memberontak mencengkam diri semasa dia berada di tahun satu. Datang ke
Mesir dengan niat ingin belajar namun dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan
yang dirasakan berlambak-lambak bagaikan menghalang dan membantut semangat
untuk belajar. Nasib baik adanya kakak-kakak dan abang-abang senior yang
tidak jemu-jemu melayan kerenah mereka, saling bertoleransi dan mendidik mereka
dengan lembut dan penuh hikmah. Lama-kelamaan dengan layanan baik mereka,
perasaan terbeban itu sedikit demi sedikit terhakis. Aktiviti-aktiviti yang
mendatang dihadapi dengan rasa terhibur dan santai sahaja.
Sebagai mustajid-mustajidah
banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Itulah yang membuatkan diri terasa
dibebankan dengan semua tugas yang ada. Namun hakikatnya tidak. Teringat kata
seorang kakak senior yang kini dah habis pengajian, “Andangnya
aktiviti-aktiviti yang diadakan ani usulnya banyak tapi banarnya inda kalau
kitani pandai membahagi-bahagikan masa. Aktiviti-aktiviti ani insyaAllah
inda akan mengambil masa kuliah kamu, ertinya masa kamu belajar tatap inda akan
diganggu tu. Mungkin ada jua sehari dua masa belajar diambil tapi jangan
jadikan ani batu loncatan kamu inda kuliah. Kaka pun macam kamu jua.
Kadang-kadang masa nada aktivitipun inda jua kuliah.
“Kami sebenarnya bukanlah
ada niat untuk mempergunakan kamu sal kamu mustagid-mustagidah. Kami jua
nada niat untuk menyuruh-nyuruh kamu saja. InsyaAllah setiap aktiviti
yang diadakan ani kitani saling give and take. Andangnya pulang mustagid-mustagidah
ani dibagi tumpuan istimewa dengan tugasan-tugasan tapi pasal kami mau didik
kamu, pasal kami sayang kamu yatah kami inda mau abaikan kamu. Kami bukannya
mau menzalimi kamu tu tapi kalau kami inda mengampiti kamu dengan belajar
membuat keraja-keraja ani dari awal. atu barutah namanya kami menzalimi. Iaitu
menzalimi hak-hak kamu untuk mempelajari buat keraja ani.
“Masa tahun satu anitah
peluang untuk kamu belajar benda-benda baru. Masa tahun satu anitah tumpuan
kaka-kaka, abang-abang masih arah kamu dengan niat mendidik kamu dan menagur
kesalahan kamu kalau ada. Udah kamu tahun 2, 3 dan 4 nanti makin bekurangan tia
tumpuan atu, kira kamu dah basar kan, kamu dah mampu berdikari dan giliran kamu
lagi untuk mencurahkan ilmu-ilmu baru arah adik-adik baru nanti, insyaAllah.
“Belajar inda semestinya
dalam kelas sahaja tapi belajar ilmu Allah ani luas, inda kira di mana-mana.
Dan dengan adanya aktiviti-aktiviti ani jua membagi kamu peluang untuk belajar
banyak benda antaranya bagi mustagid: buat minuman, buat kain rentang
dan sebagainya. Bagi mustagidah biasanya yang benda-benda bekaitan dapur
ni: memutung ayam, membasuh ayam, memasak ayam, nasi, sayur dan sebagainya.
Basuh pinggan atupun kira belajar jua tu iaitu belajar untuk saling bekerjasama
dan bertoleransi. Kalau ngalih sorang, sorang lagi dapat menggantikan. Semua
ani jua bulih mendidik hati kamu. Untuk sentiasa ikhlas, rendah hati, menerima
urang lain, redha dan lapang dada.”
Farah menarik nafas dalam.
Terbit perasaan rindu kepada kakak senior yang banyak menasihatinya
serta teman-temannya. Tangannya ringan mencari nama Facebook kakak itu
lalu meninggalkan pesanan ringkas di wallnya.
- Assalamualaikum kaka
yang Farah rindui selalu, rindu banar-banar lah! Hehee..<3 Apa kabar kita?
Ana doakan kaka sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Ana dangar kaka dah
dapat keraja jadi ustazah di SMALHB, gerenti mencabarkan. Yela anak-anak muda.
Awalnya, tahniah kaka! And bittaufiq wannajah! Fighting!!! ^o^,/ Take care~~~~
xxx
Senyuman puas terukir di
wajahnya. Alhamdulillah.. Hati tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur
kepada Ilahi. Diberi nafas yang panjang sehingga bertemu dengan orang-orang
yang hebat. Dia membuat keputusan. Tangan cepat mencapai telefon bimbit yang
disimpan di tepi lalu menekan punatnya untuk membuat panggilan kepada ketua
UPDP. “Assalamualaikum warahmatullah..?” Kedengaran satu suara garau di hujung
talian.
***
Kelihatan Farhin duduk
berteleku di beranda biliknya. Pandangan kosong dilontar menerokai bumi Mesir
yang nan coklet dek pasir. Namun pemikirannya jauh menerawang ke Planet
Jupiter. Banyak benda yang membuatkannya berfikir. Sesuatu yang serius!
Atiqah yang ingin ke tandas
terpaksa melewati terlebih dahulu kamar Farhin. Terasa angin sepoi-sepoi
menyapa kakinya sehingga membuatkannya menggigil kejap. Dia menoleh ke bilik
sahabatnya itu dan mendapati Farhin duduk di atas kerusi memandang pandang luar
dari berandanya. Dia berpatah balik ke biliknya untuk memakai tudung bulat
sebelum kembali menghampiri Farhin.
Terasa bahunya disentuh
lembut membuatkan Farhin menoleh. Terlihat senyuman manis lagi mendamaikan
hatinya. “Haii.. Jauh angan-angan ni,” tegur Atiqah. Farhin sedikit tersenyum.
“Nadalah.. Biasa-biasa saja,” ujarnya.
“Napa ni?” soal Atiqah
prihatin. Perlahan-lahan dia mengurut tengkuk Farhin yang dirasakan tegang. Barangkali
budak ani ada masalah kali, hatinya bermonolog.
“Banaa, nada apa-apa. Just
memikirkan balik, apa tujuan ana ke Mesir ani? Yela.. Tajdid niat
atukan perlu. Kadang-kala niat ani ada sedikit terpesong, jauh dari tracknya
yang banar, yatah perlu diusai balik tu,” terang Farhin.
“Ohh.. Hard thinking
lah ni?” Atiqah berpindah untuk berdiri di sebelah sahabatnya. Dia tertarik
dengan kata-kata gadis itu.
“Inda jua. Ana releks saja.
Hanya perlu muhasabah diri,” Farhin melepaskan keluhan ringan.
“Ok then. Ce cete, ce
refresh balik. Apa sebab kitani ke sini?”
“Hmm.. Bagi analah, untuk
memenuhkan ilmu di dada demi maslahat diri sendiri dan jua dikongsikan
arah urang lain. Kitani sepatutnya rajin mencari ilmu dari pelusuk ke pelusuk
Mesir ani. Inda kira bidang kitani or yang bukan bidang kitani.
Contohnya, kitani usuluddin kan? Kitani patut jua cari info pasal Usul Fiqh
kah, Munakahat kah, Seerah Nabawiyyah kah, Tarikh Islamiyah,
Lughah Arabiyyah.. Or maybe ilmu moden macam penggunaan komputer
yang betul. Kitani Usuluddin, insyaAllah salah satu tugas kitani adalah
jadi cigu or bahagian mufti or pendakwah di Pusat Dakwah
Islamiah. Ehh no! Kitani memang ditakdirkan hanya menjadi satu iaitu
seorang Da’ie, seorang pendakwah.
“Dunia Islam masani semakin
hancur. Kejahatan mengatasi kebaikan. Kegelapan atas cahaya. Pemuda-pemudi Islam
sekarang semakin lupakan jati diri durang sebagai muslim. Terikut-ikut dengan
gaya musuh-musuh Islam. Yatah peranan kitani sebenarnya untuk mencurahkan
tenaga dan buah fikiran untuk islah masalah umat kini. Pasal atu, ilmu
kitani inda sepatutnya terbatas arah jurusan kitani bahkan meluas. Kitani
sepatutnya mencari masa untuk bertalaqqi dengan syeikh-syeikh apa
pasal di Brunei manada syeikh Azhar. Ada pulang ustaz-ustaz Brunei tapi you
get what I mean kan. This is what I am thinking just now. You know me kan,
I am not ustazah-typo, I am rock-steady-typo tapi cemana ah, fitrah diri
ani mau kebaikan jua,” luah Farhin. Dia menundukkan kepalanya. Resah bertamu di
dada. Sebelum itu, sedang dia melayari laman sesawang, dia terbaca satu akhbar
yang mengatakan peratus bayi dibuang sangat tinggi. Seks bebas ataupun zina
dilakukan seolah-olah bukan suatu dosa, apalagi khalwat lelaki dan perempuan di
sana-sini. Dara ataupun tidak, teruna ataupun tidak bukan lagi jadi satu isu
yang patut dipertahankan. Brunei tidak terkecuali juga.
“Hmm.. Banar jua nya enti
ani. Mau inda mau, kitani mesti jadi matang dan dewasa supaya tau bepikir.
Ana pun sama jua macam enti, suka main-main. Fitrah manusia jua
andangnya suka main-main tapi kitani inda sepatutnya terlalai jauh. Ya Allah..
Terus terang ana katakan, ana memang inda terpikir pun untuk pigi talaqqi
apa. Mencari kelas-kelas lain yang berbayar atu awu pulang tapi kelas di Gamie’
Azhar atu barutah terasa tebuka hati ana kan pigi. Allah.. Nanti
kitani pigi sama-sama..” Atiqah merangkul bahu Farhin.
“InsyaAllah.. Kitani
susun jadual dulu lah, liat keserasiannya.” Mata Farhin seolah-olah bercahaya.
Duduk di Mesir membuatkannya menjadi pencinta ilmu. Manakan inda, Mesir yang
dikenali dengan Bumi Kinanah ani bagaikan satu pusat ilmu!
“Ehh speaking of which
ani, ada ana cek alum batah ani Facebook BruCai. Katanya, ada kelas
ilmiah anjuran UPDP hari Jumaat ani, after solat Jumaat. Tempat: Markas
Putera. Pukul 2 petang till 5 kalau inda silap. Not bad kan, inda
jua terlalu lama,” ujar Atiqah dengan penuh semangat.
“Yawah?!” jerit Farhin.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Belum lama mereka set mind untuk
menambah ilmu sebanyak-banyaknya, Allah dah kabulkan permohonan mereka.
“Yep, insyaAllah.
Tenaga pengajarnya masih dirahsiakan, gerigitan ana durang UPDP ah, kan buat suspen
saja.”
Farhin tergelak. Terbayang
wajah ketua UPDP yang gemar bergurau. Hmm... Friday, wait for me. Ehh
us. We’ll come, insyaAllah!
***
Nantikan
sambungan cerita ini di keluaran seterusnya